Penyanyi Zynakal memberi kejutan kepada dirinya sendiri sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-26 pada 19 Disember lalu.
Suprise diri sendiri
Menerusi perkongsian di TikTok, Zyn dilihat memandu kenderaan untuk pergi membeli kek di sebuah kedai.
Kata Zyn, kek itu ingin diberikan kepada orang yang paling disayangi iaitu dirinya sendiri.
Bukan mahu meraih simpati, sebaliknya pelantun lagu Nakal itu memberitahu dia perlu menghargai dan menggembirakan dirinya yang selama ini sudah bekerja keras.
Saya sebenarnya dah lama tak makan kek semasa hari ulang tahun sendiri. Jadi saya buat keputusan untuk belikan kek untuk diri sendiri.
Ini bukan video sedih, cuma saya rasa perlu menghargai diri sendiri. Kerana telah bekerja keras sampai ke hari ini.
Saya sentiasa berusaha untuk tidak berputus asa dengan hidup dan terus memberi inspirasi kepada orang lain.
Selamat hari jadi kepada Zynakal, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi perasaan mereka yang bercampur baur antara sedih dan gembira melihat video berkenaan.
Kata warganet, tindakan Zyn berbuat demikian mengingatkan mereka untuk sentiasa menghargai diri sendiri.
Selain itu, ruangan komen juga dihujani dengan ucapan selamat ulang tahun kelahiran kepada penyanyi muda itu.
Video
@zynakal” semoga dimudahkan urusan dunia & akhirat “? Music box and background music for sad scenes(1345342) – syummacha