Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment’Saya Tidaklah Melucahkan Baju Tu’- Pereka Fesyen, Arma Rahman Komen Baju Melayu...

    [VIDEO]’Saya Tidaklah Melucahkan Baju Tu’- Pereka Fesyen, Arma Rahman Komen Baju Melayu ‘See-Through’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Budaya Melayu yang kaya dengan nilai-nilai tradisional dan warisan seni, terus menjadi subjek perbincangan apabila isu pakaian tradisional seperti Baju Melayu menjadi tumpuan. Baru-baru ini, pemilik Arma Couture, Wan Armatajali Bin Abdul Rahman atau lebih mesra disapa Arma percaya, merasakan keperluan untuk memberikan penjelasan mengenai dakwaan yang mengatakan bahawa Baju Melayu “see-through” atau tembus pandang merosakkan nilai-nilai budaya Melayu.

    Arma Rahman

    Sebagai tokoh dalam industri fesyen tempatan, Arma  bukanlah nama yang asing. Pereka fesyen ini dikenali dengan gaya yang inovatif dan mencipta trend yang memberi nafas baru kepada pakaian tradisiona.

    Baru-baru ini, Arma telah mempersembahkan koleksi raya terbaharunya di Arma Couture @ The Avenoir Luxe Raya Fashion Show dengan menampilkan 30 rekaannya termasuk Baju Melayu. Ketika sidang media bersama wartawan, Arma terlihat bersedia sekiranya dikecam kerana penggunaan matarial “see-through” dalam Baju Melayu yang direka olehnya.

    @muraimalaysia

    WOW! Lain Dari Yang Lain Koleksi BAJU MELAYU Terbaharu Dari Arma Couture Ni…#armarahman #armacouture #bajuraya #lebaran #seksibajumelayu

    ♬ bunyi asal – Dailymusicx – Dailymusicx🤘

    “Sebenarnya untuk nampak lebih sopan, boleh sahaja Baju Melayu itu dipakai bersama tshirt atau singlet di dalam. Walaubagaimana pun, saya percaya Baju Melayu ini sesuai dengan cuaca panas di negara kita ini. Tapi walaupun rekaan saya sebegitu, saya tidak melucahkan baju itu lagi-lagu dengan penggunaan material (shifon) dan inovasi yang digunakan.

    “Kalau dilihat pada model yang peragakan Baju Melayu tersebut, masih terlihat sopan dengan memakai sampin. Sebenarnya Baju Melayu itu tidaklah tidaklah ‘see-through’ sangat kerana ia bergantung kepada pencahayaan di persekitaran”- ujarnya.

    Beliau menjelaskan bahawa dalam rekaan Baju Melayu yang mengandungi elemen “see-through”, kesopanan tetap diutamakan. Arma Rahman memberi penekanan kepada penggunaan sampin sebagai satu elemen yang dapat mengekalkan keseimbangan antara inovasi dan kehormatan terhadap budaya. Sampin, menurutnya, bukan hanya sebagai aksesori, tetapi juga sebagai elemen kebudayaan yang menyumbang kepada keanggunan dan keunikan Baju Melayu.

    View this post on Instagram

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts