Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentVin Diesel Disaman, Bekas Pembantu Dakwa Lakukan Serangan Seksual Di Set Fast...

    Vin Diesel Disaman, Bekas Pembantu Dakwa Lakukan Serangan Seksual Di Set Fast & Furious

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Vin Diesel tetap meraba walaupun ditolak beberapa kali ketika berada di suite hotel.

    Asta Jonasson iaitu bekas pembantu Vin Diesel telah menyaman bintang siri filem Fast & Furious itu atas tuduhan melakukan serangan seksual ke atasnya.

    Bekas pembantu Vin Diesel berkata ketika itu dia telah diupah oleh syarikat produksi One Race Film untuk menjadi pembantu aktor itu semasa pengambaraan Fast & Furious: Fast Five yang berlaku di Georgia.

    Lakukan Serangan Seksual Dalam Suite Hotel 

    Menurut The Blast, Asta ditugaskan untuk anjurkan sebuah parti dan memenuhi keperluannya sementara Vin Diesel ‘melayan’ wanita lain di suite hotelnya di St. Regis, Atlanta.

    Foto – Peak PX

    Selepas wanita terakhir meninggalkan parti tersebut, Asta diminta untuk mengiringi aktor itu keluar dari hotel untuk mengelak paparazi. Ketika itu, Asta mendedahkan yang Vin Diesel mencengkamnya, meraba payudara dan mencium secara paksa sebelum keluar dari suite hotel.

    Asta mendedahkan dia menolak aktor tersebut, menjerit dan berlari ke bilik air berdekatan; sebelum Vin Diesel mengejar serta menolaknya di dinding untuk menyekat.

    “Vin Diesel meningkatkan serangannya, meraba-raba badannya, berlutut dan menolak pakaian Cik Asta Jonasson, meraba kakinya, dan cuba menarik pakaian dalamnya”- dokumen saman.

    Bekas Pembantu Dipecat & Diugut 

    Manakala Daily Mail pula menyatakan Vin Diesel mengugut Asta dengan mengatakan bekas pembantunya itu tidak boleh bercakap tentang serangan tersebut sebelum meninggalkan bilik.

    Foto – Showbiz Cheat Sheet

    Dalam dokumen saman tersebut, Asta mendakwa dirinya dipecat serta merta kerana berani menentang serangan seksual Vin Diesel. Manakala aktor tersebut akan dilindungi dan serangan seksualnya akan ditutup.

    Kerana takut akan ‘kuasa’ Vin Diesel dalam industri hiburan Hollywood dan status imigresen sebagai pemegang kad hijau; Asta terpaksa mendiamkan diri.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts