Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, October 21, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentViral Dengan Lagu ‘Cintaku Sampai Ke Ethiopia’, Thamiera The Gadys Sah Duo...

    Viral Dengan Lagu ‘Cintaku Sampai Ke Ethiopia’, Thamiera The Gadys Sah Duo Didi Astillah Di FD4

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Anggota kumpulan The Gadys iaitu Thamiera Chan telah dipilih sebagai pasangan duo penyanyi, Didi Astillah dalam Famili Duo Musim Keempat (FD4).

    Yazmin tarik diri

    Penggantian duo itu dilakukan susulan penyanyi dan pempengaruh, Yasmin Aziz yang mengumumkan telah menarik diri dari program realiti FD4.

    Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Yasmin mengenai pengundurannya dari FD4.

    Pasangan duo sepupu iaitu Didi dan Thamiera membawa lagu medley Kalis Rindu oleh Elyana dan Makhluk Tuhan Paling Seksi nyanyian Mulan Jameela.

    Episod pertama bagi FD4 yang berlangsung di studio NTV7, Glenmarie Shah Alam pada Ahad menyaksikan enam duo beraksi di pentas dengan tema bebas.

    Bagi edisi kali ini, FD4 menggandingkan Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos manakala menampilkan gandingan baharu di kerusi juri iaitu Datuk Rosyam dan Mummy Mas Idayu.

    Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri (70%) dan undian atas talian melalui Tonton (30%).

    Duo juara mingguan akan memenangi hadiah berjumlah RM10,000 setiap minggu (7 episod  pertama), dan juara pentas akhir FD4 akan memenangi hadiah  RM100,000!

    Untuk musim terbaharu, selain Didi dan Thamiera lima pasangan lagi yang turut berentap adalah Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid & Anne (adik-beradik), Ayie Floor 88 & Salma Asis (sepupu), Tomok & Sharul Kamal (sepupu) dan Naqiu & Joey Daud (sepupu).

    FD4 bermula 20 Oktober 2024 ini dan bakal bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di TV3.

    FD4 juga boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

    ALSO READ:  [VIDEO] Iklan Baharu Fernleaf Raikan Keharmonian Keluarga Malaysia

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,207FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts