Di Tiktok, seorang wanita tampil membuat pendedahan mengenai hubungannya dengan seorang pelakon baharu yang namanya sedang meningkat naik.
Perlu move on
Menerusi perkongsian yang dimuat naik, wanita berkenaan berkongsi beberapa foto mesranya bersama pelakon tersebut tatkala mereka bersama. Lebih mencuri tumpuan, dia mendakwa sudah mengenali aktor terbabit sejak setahun yang lalu.
Tambah wanita berkenaan, hubungannya dengan pelakon tersebut hanya bertahan dalam tempoh setahun sahaja. Ini kerana, pelakon itu didakwa sudah mempunyai teman wanita yang baru.
Sudah masuk setahun saya mengenali awak. 30 Julai 2023 kita mengenali antara satu sama lain. Sudah tiba masanya untuk saya move on selepas semua orang tahu awak bersama si dia.
Setahun aku tunggu dia. Aku bukan sekufu. Yang paling sakit dia post pasal perempuan itu selepas jumpa aku. Apapun, terima kasih untuk segalanya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen kecewa melihat posting berkenaan dan berharap pelakon lelaki itu dapat memberi penjelasan mengenai isu ini.