Tiada angin tiada ribut, nama pelakon Ruhainies sekali lagi menjadi perbualan netizen di media sosial. Mana taknya, timbul pula dakwaan yang mengatakan dirinya sudah berkahwin. Betul ke?
Mrs Nur Ruhainies?
Menerusi satu posting di TikTok, seorang wanita mendedahkan status Ruhaihies yang digelar sebagai ‘Mrs’. Pendedahan tersebut dilakukan berikutan nama aktres itu didaftarkan dalam sebuah urusan perniagaan di London, United Kingdom.
Lebih mengejutkan, Ruhainies didakwa menggabungkan namanya dengan seorang individu untuk menghasilkan sebuah syarikat. Individu yang berkongsi perkara itu turut memuat naik gambar sebuah rumah di sana yang tidak pasti apa kaitan dengan mereka.
Namun begitu, dalam salah satu hantaran berkenaan tertera status syarikat itu telah dibubarkan.
Setakat ini, tiada sebarang bukti kukuh seperti pengesahan perkahwinan daripada pihak berautoriti ataupun kenyataan daripada Ruhainies sendiri.
Pada 9 Mac lalu, Aliff dan Ruhainies ditangkap berkhalwat oleh JAWI di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.
Mereka telah ditahan JAWI sebelum dibebaskan dengan jaminan sementara menanti dituduh semula di mahkamah syariah.
Aliff dan Ruhainies kemudian menerusi hantaran di Instagram masing-masing akhirnya bersuara mengenai isu tersebut dengan menjelaskan kronologi sebenar yang berlaku.
Kata Aliff, dia pergi ke rumah Ruhainies selepas diajak untuk makan malam bersama-sama dengan keluarga aktres itu.
Sementara itu, Aliff enggan melafazkan cerai terhadap isterinya Bella Astillah dengan alasan masih mencintai dan memikirkan tentang anak-anak mereka.