Penyanyi Adira Suhaimi memberikan ucapan buat aktres Bella Astillah yang menyambut ulang tahunnya yang ke-30 tahun pada hari ini.
Artikel berkaitan: Kelibat Adira Teman Bella Astillah Di JAWI Timbul Persoalan, Netizen Ungkit Kisah Ruhainies Pernah Skandal Dengan Datuk Red
Artikel berkaitan: [VIDEO] Kehadiran Bella Astillah Di Pejabat Agama Islam Cetus Tanda Tanya – ‘Siapa Pula Buat Hal Kali Ni?’
Kakak sayang adik
Menerusi hantaran di Instagram, Adira mendoakan agar Bella yang sudah dianggap sebagai adik mendapatkan yang terbaik dalam kehidupannya bersama dengan anak-anak.
Selamat ulang tahun adikku. Akak doakan yang paling terbaik untuk adik dan anak-anak.
Akak nak adik tahu yang akak akan selalu ada kalau adik perlu akak.
Akak sayang adik dunia akhirat.
Mengiringi ucapan tersebut, pelantun lagu Ku Ada Kamu ini memuat naik video ketika berada di tempat kejadian di mana suami Bella, Aliff Aziz disyaki berkhalwat bersama aktres Ruhainies.
Video tersebut memaparkan Adira yang sedang memeluk dan menenangkan Bella yang sedang menangis.
Netizen turut berduka
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan turut bersedih dengan nasib yang menimpa Bella.
Kasihan sekali menjelang birthday, ‘hadiah’ dari suami ialah selingkuh dan ditangkap khalwat. Jangan menoleh ke belakang lagi Bella.
Sakitnya dia. Sakit yang sangat dalam dapat hadiah birthday macam ni. Hancur hati dia tu kita boleh rasa.
Bina hidup baru Bella. Ada kehidupan jauh lebih bahagia dan seronok menanti Bella. Stay strong.