Tidak mahu keberadaannya diketahui oleh anak-anak, penyanyi Indonesia iaitu Virgoun terpaksa berbohong mengatakan dia sedang mendapatkan rawatan di hospital.
‘Berbohong’ demi emosi anak-anak
Menurut bekas isteri Virgoun iaitu Inara Rusli, pertanyaan si anak-anak mula tercetus selepas mereka melihat pakaian seragam yang dipakai Virgoun ketika membuat panggilan video.
Difahamkan, Virgoun atau nama sebenarnya Virgoun Teguh Putra Tambunan kini berada di pusat rehabilitasi selepas terkait dengan kes penyalahgunaan dadah.
Dia ada menghubungi anak-anak tapi pakaian seragam yang dipakainya menjadi perhatian anak-anak. Jadi dia terus beritahu yang dia sekarang berada di hospital sebab tidak sihat.
Selain mahu menjaga nama baik bekas suami, Inara akui dia sedaya upaya cuba untuk tidak menceritakan perkara sebenar kepada ketiga-tiga anaknya kerana mahu menjaga emosi mereka.
Dalam pada itu, Inara berkata dia sama sekali tidak menghalang Virgoun untuk menghubungi anak-anak.
Tapi kalau untuk berjumpa dalam keadaan ini, saya sebagai ibu kandung, wajib melindungi anak-anak demi kebaikan mereka.
Terdahulu, Virgoun bersama seorang wanita ditahan pihak berkuasa di sebuah rumah di Ampera, Jakarta Selatan selepas didapati mengambil dadah. Turut dirampas adalah dadah jenis syabu seberat 0.2 gram.
Untuk rekod, Virgoun dan Inara Rusli mendirikan rumah tangga selama 10 tahun sebelum bercerai tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya’ir Virgoun, dan Terang Sharique Virgoun.