Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentVivek Vaswani Mendedahkan Bahawa Shah Rukh Khan Mempunyai 17 Telefon Bimbit!

    Vivek Vaswani Mendedahkan Bahawa Shah Rukh Khan Mempunyai 17 Telefon Bimbit!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengeluar filem, Vivek Vaswani yang membenarkan Shah Rukh Khan untuk tinggal di rumahnya dahulu ketika dalam kesusahan memberitahu bahawa dia tidak menjalinkan apa-apa hubungan lagi bersama bintang Bollywood itu sekarang!

    Semasa di awal pembabitan kerjaya Shah Rukh Khan sebagai pelakon, kebanyakkannya dibantu oleh Vivek Vaswani yang juga merupakan seorang pelakon dan pengeluar filem yang bukan sahaja membuat Shah Rukh Khan terkenal di dalam cinema hindi malah yang turut membantunya ketika dalam kesusahan suatu ketika dahulu.

    VIA GOOGLE

    Semasa bersembang dengan Siddarth Kannan, Vaswani mendedahkan bahawa dia berjumpa dengan bintang Bollywood itu pada empat tahun yang lepas sempena sambutan hari lahir Shah Rukh Khan. Tambahan pula mengenai hubungan mereka sebagai rakan, Vaswani mendedahkan bahawa mereka tidak lagi berhubung satu sama lain kerana masing-masing sibuk berkerja dan menguruskan keluarga.

    “Kami tiada hubungan lagi, kami tidak berjumpa, tidak bercakap, saya merupakan guru dan pengetua sekolah yang berkerja selama 18 jam dan menaiki keretapi dan berbeza dengan Shah Rukh Khan kerana dia adalah Superstar”-Kata Vaswani

    Apabila ditanya mengapa Vaswani tidak menelefon Shah Rukh Khan selama empat tahun tidak berhubung itu, jawapannya sangat mengejutkan ramai pihak.

    “Shah Rukh Khan mempunyai 17 telefon bimbit dan saya hanya ada satu nombor sahaja. Saya menelefonnya selepas filem Jawan ditayangkan namun tidak diangkat, kemudian Shah Rukh Khan menelefon kembali namun tidak sempat saya angkatnya kerana sedang mandi”

    “Shah Rukh Khan sentiasa travel, dia juga mempunyai tanggungjawab untuk dijaga serta menjaga perniagaannya, jadi saya faham dan saya okay”-Kata Vaswani

    Shah Rukh Khan telah menjayakan tiga filem yang mendapat sambutan hangat pada 2023 iaitu Pathaan, Jawan dan Dunki. Manakala beliau akan memulakan pengambaran untuk filem Pathaan 2 pada 2024.

    ALSO READ:  [VIDEO] Intan Najuwa Kongsi ‘Baby Cot’ Anak Sulung, Lain Pula Yang Netizen Nampak?-“Kayangan Betul Baby Dia..”

    Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts