Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentVivy Yusof & Fadza Percaya Sistem Kehakiman Untuk Bersihkan Nama, Mahu Jalani...

    Vivy Yusof & Fadza Percaya Sistem Kehakiman Untuk Bersihkan Nama, Mahu Jalani Kehidupan Normal Demi Tersayang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof akhirnya membuka mulut selepas membuat pengakuan tidak bersalah atas dakwaan pecah amanah membabitkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam platform e-dagang.

    Akan terus beri kerjasama

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

    Menerusi hantaran di Instagram (IG), Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof menitipkan ucapan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepadanya dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.

    Ujar Vivy, dia dan suami akan terus memberikan kerjasama kepada badan kehakiman dalam siasatan membabitkan pertuduhan mereka.

    Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas sokongan dan kebaikan yang telah diberikan sepanjang tempoh ini.

    Kami perlu mengambil sedikit masa untuk memproses apa yang telah berlaku dan bagaimana situasi ini telah berkembang.

    Susulan siasatan selama sebulan oleh SPRM, kami dimaklumkan pada hari Khamis mengenai tuduhan terhadap kami berkenaan satu transaksi pada tahun 2018.

    Kami tidak dapat mengulas lanjut mengenai kes ini, namun kami akan terus memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang proses ini.

    Kami percaya sistem kehakiman akan membawa penyelesaian kepada kes ini dengan harapan akhirnya dapat membersihkan nama kami.

    Harap diberi ketenangan

    Di akhir hantaran, usahawan berusia 36 tahun itu berharap dirinya dan suami dapat memperoleh sedikit ketenangan dan mahu menjalani kehidupan yang normal bersama keluarga.

    Seiring dengan berlanjutnya proses ini, kami berharap dapat memperoleh sedikit ketenangan dan kembali ke kehidupan normal, terutamanya demi keluarga tercinta.

    Terima kasih sekali lagi kepada semua yang telah membantu dan mengirimkan mesej serta doa-doa yang baik.

    Semoga Tuhan membalas kebaikan kalian.

    Terdahulu, Vivy dan Fadza mengaku tidak bersalah melakukan pecah amanah dengan melakukan transaksi sebanyak RM8 juta di Bukit Damansara pada tahun 2018.

    ALSO READ:  Izara Aishah Rancang Anak Ketiga Lagi Dua Tahun, Dedah Perangai Anak Kedua ‘Buas’ – ‘Rasanya Ikut Saya’

    Vivy dan Fadza dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

    Hakim, Rosli Ahmad kemudiannya membenarkan Vivy dan suaminya diikat jamin sebanyak RM100,000 setiap seorang dan menetapkan 22 Januari 2025 sebagai sebutan semula kes.

    Vivy dan Fadza juga diperintahkan untuk menyerahkan pasport antarabangsa mereka kepada pihak mahkamah.

    Imbas kembali, Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengalami kerugian sebanyak RM43.9 juta.

    Ia merupakan hasil penjualan pegangan minoriti dalam platform e-dagang fesyen, Fashion Valet Sdn Bhd.

    Vivy dan Fadza kemudiannya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan mereka di dalam syarikat FashionValet menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG).

    Vivy dan Fadza juga mengakui kesilapan yang telah dilakukan sekaligus mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan berkenaan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts