Sejak semalam, warganet mula mendesak usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof untuk tampil memberi penjelasan berikutan isu kerugian pelaburan.
Vivy di hospital
Vivy atau nama lengkapnya Vivy Sofinas Yusof memuat naik hantaran menerusi Instagram Story selepas digesa oleh warganet untuk menerangkan tentang isu tersebut.
Sangat banyak yang saya ingin katakan tetapi pada masa yang sesuai, Insya-Allah.
Buat masa ini, saya biarkan apa yang mereka mahu katakan. Cuma berhati-hati dengan fitnah yang awak sebarkan tentang orang lain.
Dalam satu hantaran yang lain, usahawan berusia 36 tahun itu berkongsi foto dia sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan.
Walau bagaimanapun, Vivy tidak memberitahu dengan lebih lanjut tentang masalah kesihatan yang dialami namun akan maklumkannya dalam masa terdekat.
Buat masa ini, saya sedang ‘berjuang’ dengan ini.
Saya akan kongsikan tentang perkara ini juga tidak lama lagi.
Terdahulu, Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengalami kerugian sebanyak RM43.9 juta.
Ia merupakan hasil penjualan pegangan minoriti dalam platform e-dagang fesyen, Fashion Valet Sdn Bhd.