Baru-baru ini tergempar dengan isu pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang didakwa pecah amanah yang membabitkan kerugian RM43.9 juta pelaburan Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
‘Banyak yang saya ingin katakan’
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Vivy atau nama lengkapnya Vivy Sofinas Yusof dilihat menjawab pertanyaan netizen yang mempersoalkan keadaan terkini syarikat FashionValet.
Saya akan ceritakan, dalam masa yang sesuai.
Percayalah, saya ada banyak untuk dikatakan kepada orang ramai.
Difahamkan, pasangan terbabit telah dibebaskan dengan jaminan SPRM bagi menghadiri satu pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok.
Terdahulu, Vivy dan Fadza memohon maaf susulan kontroversi berkenaan yang menjejaskan PNB dan Khazanah menerusi hantaran di Instagram.