Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Voice Call’ Puteri Sarah Buat Bella Astillah Geli Hati – ‘Tersembur Saya...

    ‘Voice Call’ Puteri Sarah Buat Bella Astillah Geli Hati – ‘Tersembur Saya Tau’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    bella sarahbella sarah

    Sebagai seorang teman baik, pelakon Puteri Sarah Liyana sentiasa memberi sokongan kepada aktres Bella Astillah yang diuji dengan penceraian.

    Hiburkan Bella

    bella sarahbella sarah

    Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG), Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, memuat naik tangkap layar perbualannya dengan Bella di aplikasi WhatsApp.

    Tangkap layar tersebut memaparkan Bella menyatakan hasrat untuk menghubungi Puteri Sarah.

    Puteri Sarah menyatakan bahawa dia menghubungi Bella hanya untuk menghiburkan pelakon drama Leha, Leya Lawa itu.

    Saya hiburkan hari awak, awak ketawa tak?

    Ke awak nangis?

    Saya memang suka hiburkan kawan-kawan saya.

    Meskipun tidak menyatakan apakah kandungan perbualan mereka, namun Bella dilihat geli hati dengan seloroh Puteri Sarah.

    Tersembur saya tau.

    Sangat terhibur.

    Terdahulu ini, Puteri Sarah pernah memaklumkan bahawa Bella masih berada dalam fasa terkejut selain masih cuba menerima kenyataan perceraiannya dengan penyanyi, Aliff Aziz.

    Selain itu, dia juga berjanji untuk sentiasa membantu dan berada di sisi sahabatnya itu dalam apa jua keadaan.

    Dalam perkembangan lain, Aliff dan Ruhainies yang hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkhalwat yang dilakukan pada 9 Mac lalu.

    Hakim kemudiannya menangguhkan perbicaraan pada 17 Oktober depan.

    Aliff dan Ruhainies didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama dan sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dihukum denda maksimum sebanyak RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

    Sebelum itu, Aliff dan Ruhainies dilihat berada di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 20 Jun lalu.

    ALSO READ:  Safee Sali Jawab Tomahan Netizen Kata Bekas Isteri Terima Kifarah – ‘Setiap Orang Ada Masa Lampau’

    Walaupun tujuan kedatangan mereka tidak diketahui namun keberadaan mereka ke mahkamah berkemungkinan berikutan kes khalwat. Menurut sumber, Aliff dan Ruhainies juga telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts