Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentVokalis Coldplay Sujud Dan Cium Tanah Sebaik Tiba Di Malaysia, Konsert Berlangsung...

    Vokalis Coldplay Sujud Dan Cium Tanah Sebaik Tiba Di Malaysia, Konsert Berlangsung Gilang-Gemilang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kejutan, vokalis kumpulan Coldplay, Chris Martin dilihat bersujud sebaik mendarat di Malaysia semalam.

    Tindakan yang dikongsi oleh pengendali akaun @myjienaaaa semalam telah menjadi viral dan menarik perhatian ramai.

    “Chris Martin sampai Malaysia dah! Siap sujud cium Tanah Malaysia.

    “Lelaki ini sangat wow!!! Jumpa malam ini Coldplay. Tolong berkelakuan sopan seperti kami,” tulisnya.

    Melalui video yang berdurasi 25 saat tersebut, penyanyi berusia 46 tahun itu dilihat terus bersujud dan mencium tanah sebaik turun daripada tangga pesawat.

    Bagaimanapun, peminat setia penyanyi itu menyifatkan tindakan Martin itu bukanlah sesuatu yang di luar kebiasaan.

    Menurut laporan media di Indonesia, Martin pernah melakukan perkara serupa sebelum meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma, Jakarta.

    Ramai peminat setia penyanyi itu meluahkan rasa teruja untuk menyaksikan persembahan Coldplay di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

    Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil juga memaklumkan kejayaan konsert kumpulan popular dari Britain itu juga wajar dijadikan contoh bagi memastikan konsert berjalan lancar dan pada masa sama memberi kepuasan kepada penonton.

    “Difahamkan, Coldplay mengucapkan terima kasih kepada kerajaan sebanyak dua kali dan konsert berlangsung tanpa sebarang isu atau kontroversi.

    “Ini sebenarnya cara terbaik di mana artis, penganjur dan pihak berkuasa dapat bekerjasama dengan erat supaya orang yang menonton dan berpeluang beli tiket mendapat satu pengalaman positif serta baik.

    Merujuk kepada kemungkinan polemik sebelum konsert memberi kesan buruk kepada usaha kerajaan menarik lebih banyak artis luar untuk mengadakan konsert di Malaysia, Fahmi optimis perkara itu tidak akan berlaku.

    “Selagi garis panduan jelas, tidak ada pembatalan pada saat akhir sebab ada perkara tidak dibincangkan awal.

    Sebelum ini, terdapat desakan untuk membatalkan konsert Coldplay sebagai tanda hormat kepada situasi peperangan yang sedang berlaku di Palestin.

    ALSO READ:  Is This Why Coldplay Is Doing 6 Shows In Singapore & Only 1 Show In Malaysia?

    Selain itu, terdapat juga kebimbangan insiden konsert The 1975 sebelum ini berulang yang mencetuskan kemarahan ramai pihak.

    Mengikut laporan, konsert yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dilengkapi dengan suis pemati (kill switch) yang akan digunakan jika wujud sebarang pelanggaran peraturan yang sudah ditetapkan.

    Dihadiri oleh 85,000 penonton, konsert jelajah Coldplay di Kuala Lumpur ini akan menjadi persembahan terakhir kumpulan terkenal itu pada 2023.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts