Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentVokalis Kumpulan Nasyid Saujana, Dr Idzu Baharin Terima Gelaran Datuk –...

    Vokalis Kumpulan Nasyid Saujana, Dr Idzu Baharin Terima Gelaran Datuk – ‘Saya Hargai & Bersyukur’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi nasyid kumpulan Saujana dan ahli perniagaan, Dr Idzu Baharin menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam pada Isnin.

    Artikel berkaitan: Dr Idzu Bagi Dua Unit Mesin Harga RM450,000, Jadikan UKM Universiti Pertama Guna 3D Bioprinting Terkini

    Artikel berkaitan: Vokalis Kumpulan Saujana, Dr Idzu Baharin Kini Kembali!

    Terima gelaran Datuk

    Menurut Dr Idzu atau nama sebenar Khairul Idzwan Baharin, 43, anugerah diterima atas jasa, pengorbanan dan tanggungjawab selepas hampir tiga dekad berkecimpung dalam keusahawanan perubatan dan penyelidikan Perubatan Regeneratif.

    Alhamdulillah, saya sangat menghargai dan bersyukur di atas pengurniaan gelaran Datuk ini, secara tidak langsung memberi saya satu semangat besar serta suntikan baharu untuk menjadi lebih berjaya dan menyumbang kepada negara dalam membangunkan industri perubatan regeneratif negara.

    Saya berasa lebih bertanggungjawab untuk membawa nama Malaysia supaya dikenali dalam bidang perubatan regeneratif yang mampu membantu ramai orang untuk kembali sihat dan muda.

    Saya rasa macam dilahirkan semula dan ini adalah perjuangan fasa baru yang sangat mengujakan.

    Selain itu, Idzu juga berterima kasih atas penganugerahan diberikan selepas 13 tahun sebagai pengasas Cell Tissue Technology Sdn Bhd.

    Saya nak ucapkan terima kasih dan selamat hari lahir ke-75 kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam serta kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di atas kepercayaan dan penganugerahan yang bermakna ini.

    Sepanjang 30 tahun membabitkan diri dalam dunia perubatan, keusahawanan, dan dunia seni, Dr Idzu sudah mendapat pelbagai pengiktirafan dalam dan luar negara.

    ALSO READ:  Riena Diana Pilih Gambar Berdua Jadi ‘Wallpaper’, Hadiah Iphone Dari Keith Foo Sebab Bangga Dengan Kejayaan Dicapai

    Pada 2016, Idzu mendapat Pengiktirafan sebagai Malaysia’s “First Manufacturer of ‘Autologous Tissue Engineered’ Human Skin” dan “First ‘Autologous Tissue Engineered’ Human Skin” oleh The Malaysia Book of Records.

    Meskipun sibuk dengan bidang perubatan, Dr Idzu masih aktif dalam bidang muzik.

    Terbaharu, kumpulan Saujana bersama penyanyi Siti Nordiana dicalonkan bagi kategori Artis Kolaborasi Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH36) menerusi lagu Keluarga Bahagia versi rakaman semula.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts