Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentWah! Karan Johar Mengaku Hampir ‘Membunuh’ Rani Mukerji Dan Shah Rukh Khan

    Wah! Karan Johar Mengaku Hampir ‘Membunuh’ Rani Mukerji Dan Shah Rukh Khan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tersembunyi di sebalik filem Bollywood, terdapat banyak cerita menarik, antaranya Kabhi Alvida Naa Kehna yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan bersama Rani Mukerji.

    Menurut Intepseleb, baru-baru ini, Rani Mukerji telah mendedahkan pengalamannya semasa penggambaran filem Kabhi Alvida Naa Kehna bersama pelakon lain dan krew produksi.

    Sejuk Hingga Tidak Boleh Berjalan



    via Koimoi

    Perbualan bermula apabila pengarah Kabhi Alvida Naa Kehna (KANK), Karan Johar, berkongsi pengalaman ketika mengambil gambar filem terbarunya, Rocky Aur Rani Kii Prem Kahaani.

    Karan mengatakan bahawa pelakon utama filem tersebut, Alia Bhatt, memakai saree tipis semasa cuaca sejuk.

    Rani Mukerji pula mengalami situasi serupa semasa penggambaran lagu Tumhi Dekho Naa dan memberitahu bahawa beliau tidak dapat berjalan kerana kebekuan.

    “Saya memakai saree merah dalam lagu itu (Tumhi Dekho Naa), dan saya benar-benar beku. Saya tidak boleh berjalan. Salah seorang sepupu saya, yang juga penolong pengarah, Ayan, terpaksa membawa saya ke kereta, kerana saya beku. Kalau tengok lagu, di bahagian lip sync, bibir saya beku.”

    Hampir “Membunuh” Rani Mukerji


    via Koimoi

    Karan mengakui bahawa keputusannya untuk meneruskan penggambaran dalam keadaan sejuk adalah perbuatan gilanya.

    “Saya sangat gila ketika itu, dalam suhu -14 darjah, saya cakap nak hujan, jadi ada mesin hujan, tapi sebelum (hujan) sampai, hujan dah bertukar jadi ais.”

    Menurut Intepseleb, jabatan kesihatan yang turut hadir ketika itu mengatakan bahawa tindakan Karan yang meneruskan penggambaran dalam keadaan sejuk boleh membahayakan kesihatan para pelakon itu.

    Alia Bhatt juga berkongsi pengalaman merakam dalam keadaan cuaca sejuk dengan memakai kain saree ringan untuk filem Rocky Aur Rani Kii Prem Kahaani terutamanya lagu Tum Kya Mile.

    ALSO READ:  Ini Tip Bagaimana Shah Rukh Khan Elak Kemurungan Sehingga Boleh Menjadi Pelakon Nombor Satu di India

    Alia turut menceritakan tentang perhatian yang diberikan krew kepada pelakon agar tidak terlalu kesejukan dan dia juga tidak mahu suhu sejuk mengganggu persembahannya dalam filem tersebut.

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts