Pada ketika ini, platform media sosial TikTok menjadi perhatian dengan lagu San Sanana yang sedang viral.
Lagu Menjadi Trend Di Media Sosial
Lagu yang berasal dari India ini merupakan salah satu soundtrack dari film terkenal berjudul Asoka.
Jika dilihat, para pengguna TikTok sudah ramai menggunakan lagu ini sebagai latar belakang untuk konten video mereka, terutama dalam video transisi make up gaya Bollywood.
Bukan sahaja dalam kalangan influencer yang terlibat dengan trend ini, malah golongan selebriti juga turut mengikuti trend yang sedang hangat ini.
Salah seorang yang pastinya menjadi penantian warga media sosial adalah video dari Adira Suhaimi.
Adira Turut Terlibat Dalam Trend Asoka
Semua sedia maklum bahawa Adira semenjak kebelakangan ini lebih banyak memuat naik video yang berunsurkan ‘humor’ dan pastinya video yang dimuat naik menjadi bahan ikutan dan ketawa para netizen.
Kali ini untuk video trend Asoka ini, Adira tampil dengan menunjukkan kecantikkannya dalam mengenakan pemakaian yang berunsurkan Bollywood, sama seperti video orang lain.
Tetapi yang menjadi perbualan dan perhatian netizen adalah dengan kualiti video dan imej yang ditunjukkan Adira sekaligus meraih pujian warga netizen.
Melihat diruangan komen, netizen mula merasa kagum dan turut memuji dengan ‘effort’ yang diberikan oleh Adira dan mereka juga turut memuji kecantikkan Adira dalam video itu.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang menyamakan muka Adira saling tidak tumpah seperti vokalis dari kumpulan Pussycat Doll, Nicole Scherzinger.