Pelakon sensasi Zarina Anjoulie mencuri perhatian netizen apabila terdapat perubahan pada wajahnya.
Artikel berkaitan: ‘Anju Kembali Pujuk Saya Untuk Membantunya, Saya Bersetuju Sebab Masih Sayangkan Dia’ – Khazrul Elzey
Artikel berkaitan: [VIDEO] Zarina Anjoulie Makan Avocado Cicah Sambal Belacan, Imej Bertudung Pula Jadi Tumpuan – ‘Macam Perempuan Arab, Lawa Gila!’
Muka nampak lain
Menerusi hantaran di TikTok, Zarina atau lebih mesra disapa Anju sedang membuat ‘review’ makanan tom yam kegemarannya di sebuah restoran.
Namun, meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terpukau dengan kecantikan wajah Anju yang kelihatan sangat berbeza.
Malah, ada yang berpendapat dia membuat pembedahan pada bahagian tulang rahang.
Buat jaw ke? Nampak sangat berbeza.
Anju sedut ke sekarang?
Damn. Saya nak jawline awak. Apa awak buat?
Hasil tinjauan di akaun Instagram miliknya, Anju memberitahu dia membuat rawatan sedut lemak pada bahagian wajah dan suntikan pada bahagian rahangnya.
Anyway ramai tanya apa saya buat pada muka saya. Saya buat second liposuction on my face and inject jawline.