Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentWajah Zubir Khan Dikatakan Hampir Sama, Berniat Mahu Jumpa Keluarga Arwah Zulfarhan...

    Wajah Zubir Khan Dikatakan Hampir Sama, Berniat Mahu Jumpa Keluarga Arwah Zulfarhan – ‘Boleh Saya Dapat Info?’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Akaun TikTok milik penyanyi yang sedang meningkat naik iaitu Zubir Khan menjadi tular dan menyorot perhatian wargamaya.

    Wajah mirip arwah Zulfarhan

    @zubirkhan_ Hi kadhale ? #fy #fyp #fyp?? #fyppppppppppppppppppppppp #zubirkhan #omk ? Oh My Kadhale – Zubir Khan

    Menerusi posting terbaharu, Zubir memuat naik video dirinya berjalan-jalan di sekitar jalan Little India, Kuala Lumpur sambil mengenakan pakaian tradisional masyarakat India iaitu Dhoti.

    Namun begitu, lain pula yang menjadi perhatian wargamaya apabila rata-rata mereka berpendapat bahawa wajah Zubir begitu mirip dengan wajah Allayarah Zulfarhan Osman iaitu Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang meninggal dunia akibat dibunuh, tujuh tahun lalu.

    Menjengah ke ruangan komen, netizen juga berharap agar Zubir dapat bertemu dengan keluarga Allahyarham Zulfarhan bagi mengubat kerinduan mereka terhadap anak sulong mereka itu.

    Zubir berniat jumpa keluarga arwah

    Sementara itu, pelantun lagu ‘Yennode Macha’ ini meminta orang ramai untuk membantunya memberikan maklumat mengenai keluarga Allahyarham Zulfarhan dan berhasrat untuk berjumpa dengan mereka.

    Hai semua, boleh tak saya dapat kan info tentang keluarga Zulfarhan?

    Terdahulu, enam bekas penuntut UPNM dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan pada Selasa selepas didapati bersalah membunuh Allahyarham Zulfarhan.

    Berdasarkan kronologi kes, Allahyarham Zulfarhan telah dituduh mencuri sebuah komputer riba setelah namanya disebut oleh seorang bomoh sebelum mangsa dibuli sehingga meninggal dunia.

    Imba kembali, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mengekalkan pertuduhan ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang menyebabkan kematian Allahyarham Zulfarhan.

    Keenam-enam tertuduh itu menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori manakala 12 lagi rakan mereka yang dipenjara tiga tahun dibenarkan untuk menggantung hukuman penjara dengan jaminan RM7,000 dikekalkan.

    ALSO READ:  ‘Memang Tak Logik, Mustahil Saya Ini ‘Sugar Mummy’! – Sarah Suhairi 

    Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat di UPNM pada 21 dan 22 Mei 2017.

    Dalam kejadian yang begitu menyayat hati itu, Zulfarhan disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts