Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Waktu Baik Dia Layan Kita Macam Princess’ – Shila Amzah Anggap Kaki...

    ‘Waktu Baik Dia Layan Kita Macam Princess’ – Shila Amzah Anggap Kaki Pukul Tidak Akan Berubah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi, Shila Amzah menganggap mana-mana lelaki yang suka memukul wanita tidak akan meninggalkan tabiat itu dengan mudah.

    Kaki pukul takkan berubah

    Menerusi perkongsian di Instagram Story, pemilik nama Nurshahila Amir Amzah ini memuat naik semula (repost) video temu bual pelakon, Zahnita Wilson yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga bersama Melodi.

    Ujar Shila, orang ramai jangan mudah tertipu dengan mana-mana lelaki yang mempunyai sejarah gemar memukul kaum wanita.

    Saya dah cakap banyak kali, kaki pukul tak akan pernah berubah.

    Orang yang kaki pukul ini tak akan berubah sama ada muka hensem atau tak.

    Jangan biarkan anda dikaburi fizikal mereka terutamanya bila anda tahu dia ada sejarah pernah pukul bekas kekasih mahupun sebelum berkahwin ataupun sewaktu mereka menjadi kekasih anda.

    Kaki pukul suka manipulasi pasangan

    Tambah pelantun lagu ‘Patah Seribu’, kaki pukul itu juga bijak memanipulasi supaya wanita kekal setia bersama mereka dalam perhubungan.

    Ada orang akan kekalkan hubungan dengan kaki pukul sebab selalu ingat tiada jalan keluar.

    Dan kaki pukul ini pandai, dia akan buat awak buang semua kawan-kawan awak dan bergantung 100 peratus kepada dia.

    Bila kononnya dia ‘sedar’ perbuatan dia salah, dia akan melutut minta maaf pada awak sampai menangis macam dalam filem Hindustan itu.

    Waktu baik, dia akan layan awak macam puteri tapi bila datang je gila dia, waktu itulah dia akan dera awak fizikal dan mental.

    Dan begitulah berulangnya kitaran itu.

    Terdahulu, pelakon jelita, Zahnita Wilson mendakwa dirinya telah dipukul dan menjadi mangsa keganasan rumah tangga selama 20 tahun mendirikan perkahwinan dengan Abdul Zackery Ghouse.

    ALSO READ:  Siti Nurhaliza Bakal Gegarkan Pentas Hausboom Music Festival 2024

    Susulan pendedahan itu dibuat, Abdul Zackery kemudian dilaporkan telah ditahan polis untuk memberi keterangan.

    Untuk rekod, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami pada 2013. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts