Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Waktu Saya Mandikan Jenazah Jay Jay, Kulitnya Sangat Licin & Bersih’ –...

    ‘Waktu Saya Mandikan Jenazah Jay Jay, Kulitnya Sangat Licin & Bersih’ – Hattan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Datuk HattanDatuk Hattan

    Penyanyi Datuk Hattan berkongsi momen ketika memandikan jenazah arwah sahabatnya yang juga penyanyi iaitu Jay Jay.

    Kulit arwah bersih

    Datuk HattanDatuk Hattan

    Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 59, berkata, kulit arwah kelihatan bersih dan licin ketika dimandikan di Masjid Al Husna, Bandar Sunway, pada pagi Isnin.

    Waktu saya mandikan jenazah Jay Jay, kulitnya sangat licin dan bersih. Macam kulit budak-budak saya tengok. Bersih betul keadaan arwah, alhamdulillah.

    Hattan berkata demikian ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, Sunway.

    Berkongsi lanjut, Hattan memberitahu, kali terakhir mereka bekerjasama ketika membuat persembahan di sebuah majlis perkahwinan di Kelantan pada Februari lalu.

    Katanya, arwah ketika itu kelihatan tidak sihat dan tubuh badannya semakin susut.

    Kali terakhir kerjasama dengan dia sewaktu kami buat show sama-sama di Kota Bharu, Kelantan sekitar enam bulan lalu. Persembahan untuk majlis perkahwinan anak rakan kami.

    Ketika itu nampak badannya memang sudah sedikit susut, macam tak sihat. Kalau tanya, dia jawab okay sahaja. Kelihatan tenang dan santai.

    Dalam pada itu, pelantun lagu Mahligai Syahdu ini akui terkejut mendengar berita pemergian Jay Jay yang disifatkan sebagai seorang sahabat yang baik selain banyak menabur jasa kepadanya.

    Masa dengar berita kematian dia memang terkejut sangat. Setahu saya dia mengamalkan hidup sihat, selalu berjogging dan tidak merokok.

    Amat terasa kehilangan dia. Dia seorang sahabat yang sangat baik, saya tak pernah jumpa orang yang sebaik dia, boleh disebut ‘legend yang baik’.

    Banyak juga jasa dia kepada saya dalam kerjaya seni saya. Dia banyak main bass untuk lagu-lagu dan konsert saya. Terlalu banyak jasa arwah.

    Terdahulu, jenazah Allahyarham Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus, 67, selamat dikebumikan pada jam 11.15 pagi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, Sunway.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Saya Nak Sangat Bila Kami Semua Sudah Tiada, Nama Kami Disebut Sebagai Satu Lagenda’ – Azlee Senario

    Allayarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, pada jam 9.27 malam Ahad.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts