Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentWalaupun Hubungan Tidak Begitu Baik, Umisya Mazlan Tetap Bantu Uruskan Jenazah Bayi...

    Walaupun Hubungan Tidak Begitu Baik, Umisya Mazlan Tetap Bantu Uruskan Jenazah Bayi Sulung Marissa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Baru-baru ini, pempengaruh Marissa Dania Hakim dan suaminya, Aslam, mengalami kehilangan yang amat menyedihkan apabila bayi sulung mereka meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan tidak cukup bulan.

    Dalam situasi penuh emosi ini, satu tindakan mulia telah dilakukan oleh madu Marissa, Umisya Mazlan, yang tampil membantu menguruskan jenazah bayi tersebut.

    Menurut Sella Mazlan, kakak kepada Umisya, dalam satu hantaran di Instagram Story (IGs), Umisya bukan sahaja hadir untuk menziarahi, tetapi turut membantu memandikan, mengkafankan, dan mensolatkan jenazah bayi yang dikenali sebagai ‘Baby M’.

    Tindakan ini mencerminkan rasa kasih sayang dan ihsan yang mendalam, walaupun hubungan mereka bukanlah sesuatu yang mudah.

    “Adik kami, Misya sendiri datang ziarah, mandi dan solatkan jenazah untuk arwah Baby M. Dia tidak berseronok, apa yang keluar dari mulutnya berbunyi ini iaitu semua ujian yang Allah aturkan untuk kita,” kata Sella dalam hantaran tersebut.

    Tambahnya lagi, Umisya turut terkejut dan bersedih dengan berita keguguran dan kematian Baby M, lebih-lebih lagi kerana beliau sendiri sedang mengandung.

    Sella juga menekankan kepentingan menjaga emosi dan perasaan Umisya yang sedang hamil.

    “Jadi, sila jaga emosi adik saya, jaga kata-kata anda wahai manusia,” ujarnya, menyeru kepada orang ramai agar bersikap lebih prihatin dalam berkomentar mengenai keadaan ini.

    Aslam, suami kepada Marissa, telah mengesahkan berita duka ini menerusi satu hantaran di Instagram. Dalam hantaran tersebut, Aslam memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

    Beliau juga telah memaklumkan mengenai pemergian anaknya itu kepada bapa Marissa, pelakon popular Norman Hakim, serta kepada isteri pertamanya, Umisya.

    Sella turut berkongsi pandangannya mengenai betapa pentingnya perasaan ihsan sesama manusia, terutamanya dalam situasi kematian.

    “Sifat manusia Allah beri perasaan rasa ihsan sesama manusia. Tidak kisahlah kalau orang buat jahat kepada kita, tetapi, jika dia ditimpa musibah, berkaitan kematian wajib kita bantu sebab itu fardhu kifayah,” tulis Sella.

    Dalam pada itu, Umisya juga meluahkan perasaannya melalui Instagram Story, di mana beliau menyatakan kekeliruannya dengan spekulasi yang dibuat oleh netizen. Beliau menekankan betapa pentingnya untuk menjadi manusia yang mempunyai sifat ihsan dan berhati perut terhadap sesama manusia.

    “Satu perkara yang saya selalu terapkan dalam fikiran, jangan pernah menyesal jadi terlalu baik… Hadiahmu bukan pada manusia, tapi Allah,” tulisnya, mengingatkan tentang keikhlasan dalam berbuat baik.

    ALSO READ:  Hafrez Adam Tak Anggap Bakat Baharu Tutup ‘Periuk Nasi’ Pelakon Lama – ‘Saya Percaya Rezeki Itu Luas’
    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts