Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentWalaupun Hukuman Sudah Kurang Kepada 6 Tahun, Keluarga Najib Tetap Kecewa Tidak...

    Walaupun Hukuman Sudah Kurang Kepada 6 Tahun, Keluarga Najib Tetap Kecewa Tidak Dapat Pengampunan Penuh!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Keluarga bekas Perdana Menteri merasa kecewa terhadap keputusan Lembaga Pengampunan yang tidak memberi pengampunan penuh dan membebaskan Datuk Seri Najib Tun Razak serta-merta.

    Anak Najib, Nooryana Najwa melalui hantaran di laman Instagram berkata, pihak keluarga tetap dengan pendirian bahawa Najib tidak bersalah.

    “Walaupun kami menghargai pengurangan hukuman dari 12 tahun kepada enam tahun yang diputuskan oleh Lembaga Pengampunan setelah pertimbangan pendapat dan nasihat, kami berasa kecewa kerana Datuk Seri Najib Razak tidak mendapat pengampunan penuh dan dibebaskan serta-merta.

    “Mereka yang mengikuti kes SRC secara dekat sudah tentunya tahu dan bersetuju dengan penghakiman oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak tahun lepas bahawa ketidakadilan yang besar telah berlaku ke atas Datuk Seri Najib dan keputusan yang betul ialah beliau wajar dilepaskan dan dibebaskan,” kata Nooryana pada Jumaat.

    Memetik laporan penuh sebuah berita tempatan, beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap keputusan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya ke-61 yang memutuskan hukuman terhadap Najib diberi pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara.

    Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri berkata, Najib dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028.

    Denda yang perlu dibayar Najib sebanyak RM210,000,000 dikurangkan kepada RM50,000,000.

    Terdahulu pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah terhadap tujuh pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta dan memerintahkan beliau dipenjara 12 tahun dan didenda sebanyak RM210 juta.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts