Akhir-akhir ni banyak betul tragedi yang terjadi di Malaysia ni. Setiap tragedi tu meruntunkan hati bukan hanya sesetengah kaum tapi semua masyarakat Malaysia!
Jadi, bila dah banyak sangat cerita tak best dan ramai yang mula rasa murung, Admin yakin, semua orang perlukan sedikit berita yang boleh memberikan kegembiraan yang boleh mengukir senyuman di bibir semua orang betul tak?
Ha cerita ni confirm buat korang tersenyum lebar!
Jenama aiskrim kegemaran Malaysia akan berikan aiskrim percuma di setiap Negeri! Yeay!
Ada 4 kempen pillar yang Wall’s bakal lancarkan untuk inisiatif ini meliputi semua aspek!
Pillar yang pertama ialah mereka bakal lawati semua kawasan-kawasan yang jarang ditumpukan dan lihat semua peluang bisnes yang ada.
Ha lepas ni, semua orang berpeluang untuk makan aiskrim Wall’s ni! Tak payah lah nak kena pergi ke tempat-tempat tertentu untuk menikmati aiskrim tersebut.
Bagi pihak peruncit pula, Wall’s akan mula berkolaborasi dengan mereka untuk mewujudkan aktiviti on-ground yang melibatkan influencer dan sebagainya. Confirm viral!
Wall’s juga akan mewujudkan kempen CSR untuk komuniti!
Kan admin kata, kempen ni melibatkan semua aspek? Komuniti dan pembeli tidak terkecuali!
Mereka bakal ke rumah-rumah anak-anak yatim, rumah orang tua, sekolah dan juga universiti bersama-sama dengan roving team untuk memberikan aiskrim percuma!
Selain itu, mereka juga dalam usaha untuk bekerjasama dengan NGO-NGO di Malaysia untuk berikan aiskrim percuma dengan setiap pek makanan yang diedarkan kepada gelandangan.
Nak aiskrim free? Jangan lupa kejar roving team mereka ni bila diorang datang Negeri korang!
Pembeli juga bakal menyaksikan pelbagai aktiviti on-ground yang bakal dilancarkan di lokasi-lokasi strategik tertentu. So korang kena la follow mereka di media sosial untuk dapatkan update terkini!
Wall’s juga akan pilih satu kawasan di setiap Negeri untuk kasi aiskrim percuma!
Korang hanya perlu ambil gambar dengan buat sign ‘heart-shape’ dan upload di Instagram Story! Ha tu je dan korang boleh dapatkan aiskrim percuma!
Terdapat merchandise juga yang korang boleh dapatkan!
Caranya mudah je:
- Beli mana-mana produk Wall’s sebanyak RM6
- Setiap pembelian berharga RM6, korang layak untuk dapat satu submission.
- Scan kod QR diatas, isi maklumat yang diperlukan dan hantar penyertaan di mikrosite tersebut.
Lagi banyak korang hantar, lagi tinggi peluang untuk korang menang tau!
Pemenang bakal menerima tote bag, T-shirt, Embroidery stamp Wall’s dan macam-macam lagi! Rugi tak join!
Tak susah nak sebarkan kebaikan guys, salah satu caranya adalah dengan menyokong inisiatif yang bagus macam inisiatif Wall’s ni.