Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentWan Raja Menegur Topik Khutbah Jumaat Di Selangor Tak Memberi Kesannya Yang...

    Wan Raja Menegur Topik Khutbah Jumaat Di Selangor Tak Memberi Kesannya Yang Signifikan – Cadangan Kutipan Zakat Sebagai Minit Mesyuarat atau Laporan Tahunan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, Wan Raja meluahkan pandangannya berhubung topik zakat yang disampaikan oleh khatib sebelum solat Jumaat, baru-baru ini.

    Topik tak ‘feel’

    Menurut Wan, dia tidak pasti seluruh masjid di Selangor ataupun sebahagian daripadanya memilih topik yang didakwa tidak sesuai dan tidak mendatangkan ‘feel’ kepada jemaah.

    Ujar Wan, baru-baru ini dia menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di sekitar Selangor. Khatib di masjid berkenaan menyampaikan topik zakat.

    Berikutan daripada itu, Wan meluahkan pandangannya dan menyatakan rasa kurang sesuai mengenai topik yang disampaikan.

    Saya dah terfikir benda ni banyak kali dah. Tak pasti di seluruh Selangor atau di satu Malaysia. Tapi kebanyakan khutbah Jumaat sekarang ni tak feel, sebab tak ada benda yang melekat dalam hati contoh topik-topik dia.

    Cakaplah pasal solat fardu, solat jamak, solat qada, pahala dan akibat kalau tinggal apa semua. Janji kita keluar itu ada benda yang kita boleh ingat dan belajar. Ini topik, saya rasa seluruh Selangor ni. Ini topik dia pasal Zakat Selangor. Aduh, sepanjang masa.

    Tahun ini dapat berapa, dapat tolong berapa orang. Macam benda itu patutnya menjadi minit mesyuarat ataupun laporan tahunan apa semua yang dibentangkan dekat masjid atau parlimen contohnya kan.

    Ini dalam masjid masa khutbah Jumaat. Lepas itu tak ada langsung pasal sejarah-sejarah cerita pasal Rasulullah apa semua. Cerita pasal pembentangan kutipan zakat Negeri Selangor. Bukan tak bagus, cuma rasanya macam tak ada benda yang dapat kita isi dalam dada apabila keluar masjid. Ini satu luahan bukan aduan. Betul ke aku cakap ni?

    Tambah pelakon drama ‘Tundukkan Playboy Itu’ lagi, perkongsian video yang dimuat naik di TikTok itu sekadar luahan dan bukannya aduan. Jelas Wan, terdapat pelbagai topik menarik yang boleh disampaikan kepada jemaah selain daripada topik zakat dan alam sekitar.

    Luahan ni bukan untuk hari ini saja. Sebab sebelum ini ada topik -topik khutbah macam alam sekitar, jangan mencemarkan alam sekitar. Ni semua macam pembentangan dewan rakyat. Tak ada benda yang kita boleh isi dalam hati. Minta maaf kalau salah cakap.

    Video

    @sirwanraja

    Taktau nak bincamg dengan siapa….sini je lah.Kalau salah ampunnnnn ya #jais #jawi #fyp? #fyp #fypmalaysia??tiktokviral??

    ? original sound – ????._.????

    ALSO READ:  Remaja 14 Tahun Dinoda Pak Cik Sampai Hamil Kembar, Keluarga ‘Back Up’ Sebab Bapa Saudara Kerja Arkitek

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts