Penyanyi, Wani Kayrie mengakui terpaksa berbelanja lebih untuk tiket penerbangan ke Sandakan, Sabah bagi menyambut hari raya tahun ini.
Simpati pada yang kurang mampu
Ketika ditemui Wani atau nama penuhnya Syazwani Abdullah berkata dia tidak kisah untuk berkongsi rezeki bersama keluarganya.
Dalam empat angka jugalah, untuk bawa balik ahli keluarga saya sekali.
Tapi tak apalah, untuk raya ini kena berbelanja jugalah terutama bagi saya yang balik setahun sekali.
Sementara itu, penyanyi berusia 24 tahun tersebut berkata dia lazimnya akan menempah awal tiket tersebut berikutan harga yang agak mahal.
Memang mahal. Saya dah tempah dari tahun lepas lagi, memang selalunya akan tempah setahun awal.
Alhamdulillah sebenarnya rezeki lebih dapat belanja keluarga untuk pulang ke kampung.
Wani berkata demikian pada majlis pelancaran single terbaharu berjudul Balik Raya, hasil kolaborasi bersama Indah Ruhaila dan Nadeera yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelantun lagu Kamu Kamu ini turut menzahirkan rasa simpati terhadap individu yang tidak berkemampuan untuk pulang ke kampung.
Sebernarnya saya tumpang simpati juga, sebab saya pernah berada di situasi mereka.
Itu membuatkan saya sedih dan saya tekad untuk balas jasa baik ibu saya dengan cara bawa dia pulang ke kampung.
Melihat orang lain yang tak dapat pulang, saya yakin mungkin akan datang ada rezeki mereka.