Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentWani Kayrie Genggam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang & Perdagangan, Ada Perancangan Mahu...

    Wani Kayrie Genggam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang & Perdagangan, Ada Perancangan Mahu Sambung Master

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Hasrat penyanyi dan pelakon, Wani Kayrie untuk menjadi seorang penasihat undang-undang bakal menjadi kenyataan apabila berjaya menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang & Perdagangan pada Majlis Konvokesyen yang diadakan di sebuah universiti swasta.

    Tahniah!

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd (@rocketfuelent)

    Berita gembira tersebut dikongsikan Wani sendiri yang menyiar semula (repost) hantaran syarikat naungannya iaitu Rocketfuel Entertainment menerusi Instagram (IG).

    Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat Wani menaiki pentas untuk menerima skrol ijazah tersebut sambil mengenakan jubah konvokesyen.

    Pihak Rocketfuel Entertainment turut menitipkan ucapan tahniah kepada Wani yang merupakan artis naungan mereka atas kejayaan yang dikecapi.

    Tahniah Wani Kayrie berjaya menerima anugerah dekan untuk Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang & Perdagangan.

    Sementara itu, ketika ditemui , pelantun lagu ‘Jangan-Jangan’ ini mendedahkan dia mempunyai perancangan untuk sambung pelajarannya dalam bidang Ijazah Sarjana (Master).

    Namun, masih belum membuat keputusan bila akan menyambung pelajarannya kerana masih mahu fokus dalam bidang nyanyian.

    Insya-Allah, saya ada perancangan untuk sambung pelajaran dalam Ijazah Sarjana (Master) tapi di mana dan bila itu, belum tahu lagi.

    Sebab saya masih di bawah biasiswa penuh sebuah universiti swasta jadi kalau nak sambung itu, kena ada ‘cooling period’.

    ‘Passion’ saya adalah muzik dan saya dah ada target untuk mengeluarkan beberapa buah lagu. Jadi, saya rasa akan ‘hold’ dulu pengajian Master tersebut.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts