Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentWani Kayrie Tak Pernah Bercinta Dengan Afieq Shazwan – ‘Netizen Doakan Kami...

    Wani Kayrie Tak Pernah Bercinta Dengan Afieq Shazwan – ‘Netizen Doakan Kami Berjodoh, Saya Amin’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Wani KayrieWani Kayrie

    Penyanyi Wani Kayrie menafikan dakwaan dia kembali menjalin hubungan cinta dengan rakan seindustri yang juga penyanyi, Afieq Shazwan.

    Tak pernah declare

    Wani KayrieWani Kayrie

    Ketika ditemui , pemilik nama lengkap Syazwani Abdullah, 24, berkata, dia dan Afieq tidak pernah mengaku mereka bercinta, sebaliknya hanya berkawan rapat sejak dahulu.

    Kami kembali bersama? Kami memang rapat dari dahulu lagi. Saya dan Afieq tidak pernah ‘declare’ kami bercinta, lebih selesa berkawan. Kami juga akur dengan perkara itu (berkawan).

    Keluarga kami berdua juga sedia maklum kami berkawan. Hubungan silaturahim itu juga lebih rapat apabila kami kekalkan hubungan sebagai kawan.

    Wani berkata demikian ketika ditemui pada majlis pernikahan penyanyi Sarah Suhairi yang berlangsung di Barern Hill, Hulu Langat, baru-baru ini.

    Sementara itu, disoal adakah Afieq memiliki kriteria lelaki pilihan hati, pelantun lagu Jangan Jangan ini terus mengiyakan.

    Kata Wani lagi, dia tidak mahu terburu-buru memikirkan soal rumah tangga memandangkan usianya masih muda.

    Afieq ada ciri-ciri lelaki pilihan saya, dia seorang lelaki yang baik. Dia juga peramah dan sopan santun.

    Untuk masa sekarang, saya tidak mahu letak sebarang komitmen lain. Saya masih muda dan saya hormati kerjaya Afieq. Saya juga tidak cemburu kalau Afieq ingin berkawan rapat dengan sesiapa pun.

    Untuk netizen yang mendoakan kami berjodoh, saya amin doa mereka. Tetapi tidak pernah merancang ke arah seterusnya, namun andai ada rezeki ke arah itu (kahwin) saya tidak menolak. Jodoh di tangan Allah.

    Mama saya pun tidak pernah bertanya tentang kahwin kerana mungkin dia tidak galakkan untuk mendirikan rumah tangga di usia yang muda.

    ALSO READ:  “Minyak Maaf”? Betul Ke Tajuk Iklan Raya Saji Tahun Ni, Ke Typo? Apa Salah Minyak?

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts