Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentWanita Buat Konten ‘POV’ Suami Isteri Dengan Anak Bawah Umur Tampil Mohon...

    Wanita Buat Konten ‘POV’ Suami Isteri Dengan Anak Bawah Umur Tampil Mohon Maaf – ‘Bahagian Mana Yang Netizen Rasa Geli?’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    'POV' suami isteri'POV' suami isteri

    Seorang wanita yang dikenali sebagai Dya tampil memberi penjelasan berhubung konten ‘POV’ suami isteri melibatkan anaknya yang masih di bawah umur.

    ‘Hanya lakonan’

    'POV' suami isteri'POV' suami isteri

    Menerusi video penjelasan yang dimuat naik di TikTok, Dya berkata, dia sudah berjumpa dengan pihak polis dan wakil peguam yang memberitahu konten dihasilkan tidak menyalahi undang-undang.

    Saya ingin menjelaskan mengenai konten POV suami isteri yang saya lakukan dengan anak sendiri. Untuk pengetahuan, memang selama ini saya buat konten dengan anak dan tidak pernah timbul isu.

    Tetapi selepas isu seorang pemandu bas, netizen tarik sekali kami dan menyalahkan apa yang saya buat sekarang.

    Saya sendiri dan berurusan dengan wakil TikTok, pihak polis dan peguam yang mengatakan konten saya tidak ada masalah.

    Terkejut dengan kecaman dilemparkan netizen, Dya menegaskan konten berkenaan hanya sekadar lakonan semata-mata tanpa sebarang niat tidak baik terhadap anaknya.

    Bayangkan saya mencari rezeki yang halal, tiba-tiba perkara begini terjadi saya sangat terkejut. Dengan buli siber yang teruk menghentam.

    Saya tak lihat di bahagian mana yang netizen rasa geli dan tak suka dengan konten kami. Konten itu hanya sekadar POV dan lakonan sahaja.

    Justeru, Dya memohon maaf kepada segelintir pihak yang berasa kurang senang dan sensitif.

    Saya faham mungkin isu berkaitan kanak-kanak hangat di luar sana sehingga menyebabkan netizen rasa sensitif dan cepat marah.

    Kepada netizen yang sudah salah faham dengan konten yang disampaikan, saya mohon maaf. Belum terdetik sedikit pun saya nak buat benda tidak baik kepada anak sendiri. Saya sama seperti ibu di luar sana, mahukan anak berjaya.

    ALSO READ:  Jamal Abdillah Bakal Timang Anak Ketujuh, Isteri Alami Alahan Teruk Sedang Dirawat Di IJN

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts