Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentWanita Dakwa Andika Ajak Kahwin Lepas 4 Bulan Kenal, Rupanya Bercinta Dengan...

    Wanita Dakwa Andika Ajak Kahwin Lepas 4 Bulan Kenal, Rupanya Bercinta Dengan Dua Orang Sekaligus!- ‘Dia Tak Tahu Nak Pilih Saya Atau Doktor Tu’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Belum reda kisah rumah tangga Andika Putera dan bekas isteri, Ananda Natasha kini timbul pula satu lagi pendedahan mengejutkan membabitkan personaliti media sosial itu.

    Andika bercinta dengan 2 wanita sekaligus?

    Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang wanita yang dikenali sebagai Nana mendakwa Andika pernah menghubunginya menerusi WhatsApp untuk berkenalan sekitar May 2024. Selepas mengenali hati budi masing-masing, Andika membuat keputusan untuk bertemu dengan keluarga Nana.

    Katanya nak masuk meminang pada hujung bulan 6. Kalau boleh nak kahwin terus bulan 9 dan 10 sebab tak nak tunang lama-lama. Risau ujian semasa bertunang tu besar dan berat.

    Namun, Nana tidak bersetuju dengan cadangan tersebut memandangkan adiknya baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada May.

    Selain itu, Nana akui tidak sempat untuk mengumpul wang tetapi Andika memberitahu bahawa dia akan menanggung kos perkahwinan tersebut dengan anggaran bajet RM150,000.

    Jujur pada mulanya, papa memang tak setuju hubungan Nana dengan dia atas sebab tertentu. Tapi selepas dah pujuk dan atas doa ramai, papa pun terbuka hati untuk terima.

    Bila papa dah setuju, papa suruh buat keputusan untuk pilih tarikh merisik dan bertunang. Nana beritahu Andika, sekali dia plot twist cakap ‘jap tengah keliru, tak tahu nak pilih sama ada Nana atau Doktor (tunang sekarang)’.

    Dia kata dua-dua ada kelebihan masing-masing dan dia cakap yang doktor tu sanggup bermadu kalau pilihan dia adalah Nana.

    Ternyata, Andika didakwa telah menjalinkan hubungan dengan dua wanita dalam satu masa. Disebabkan itu, Nana akhirnya membuat keputusan untuk menamatkan hubungan mereka.

    Saya bukan punca perceraian Andika dan Natasha ya, saya hanya mangsa keadaan.

    Saya bukan nak menjatuhkan sesiapa cuma tak nak perempuan lain pun terpedaya dengan kata-kata lelaki seperti ini.

    Penjelasan Nana

    ALSO READ:  Angel Dolla Mohon Maaf, Cetus Pelbagai Reaksi Peminat!-” Tiber Angel Pula Kena Bagi Statement…”

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts