Seorang individu dikenali sebagai Nadia Zamri mendakwa dirinya telah menjadi mangsa penipuan seorang komposer.
Komposer scammer
Menerusi hantaran di TikTok, Nadia mendakwa dia telah membayar wang berjumlah RM3,000 kepada komposer tersebut untuk menghasilkan lagu.
Namun begitu, selama setahun dia telah ‘disidai’ tanpa sebarang perkembangan mengenai karya tersebut.
Saya nak kongsi pengalaman kenal dengan seorang komposer scammer (penipu). Saya tak pernah terfikir akan ditipu sebegini.
Saya kenal dengan dia melalui adik saya. Katanya sesiapa yang ingin buat lagu, boleh berjumpa dengan komposer itu dan dia akan bantu.
Saya terus bersemangat bila dengar. Selepas kami berjumpa dan berbincang, dia beritahu perlu bayar RM3,000.
Saya bayar secara ansuran selama satu tahun. Selepas setahun, saya ada tanya seorang individu yang juga buat lagu dengan komposer itu, namun tiada langsung perkembangan.
Pulangkan wang
Menyedari ada perkara yang tidak kena, Nadia kemudian dihubungi komposer terbabit memaklumkan lagu miliknya telah ditarik dan akan digantikan dengan lagu lain.
Namun, Nadia bertegas untuk tidak meneruskan kerjasama antara mereka dan meminta wangnya dipulangkan.
Kemudian komposer itu telefon saya dan maki serta hina. Tiba-tiba dikeluarkan satu kenyataan kata lagu saya ditarik dan akan digantikan dengan lagu baru.
Namun saya tidak mahu teruskan kerjasama itu. Saya mahu dia pulangkan duit saya RM3,000.
Dia pula cakap tak boleh pulangkan duit sebab dah buat kerja. Saya minta dia kemukan bukti.
Laporan polis
Enggan lagi berdiam diri, Nadia berkataa, dia sudah membuat laporan polis dan terpaksa menularkan mengenai perkara tersebut kepada umum.
Saya ambil keputusan buat laporan polis dan sehingga kini dia masih berdiam diri. Disebabkan itu saya bertindak mahu viralkan fasal dia.
Jadi, Nami Harez kau tak akan selamat sebab kau dah tipu orang. Mana ada orang buat lagu bertahun-tahun tapi masih cakap dalam proses.
Saya harap tiada yang akan tertipu seperti saya selepas ini, mohon semua jadikan sebagai pengajaran.