Sedang hangat di media sosial mengenai berita pasangan pereka fesyen tanah air iaitu Razman dan Razmi yang dipukul sehingga cedera oleh seorang jurugambar berpunca daripada hutang tertunggak.
Pukul wanita?
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba muncul seorang wanita yang mendakwa pernah menjadi mangsa pukul oleh jurugambar yang sama.
Menerusi ciapan di platform X, wanita terbabit mendakwa jurugambar berkenaan pernah ditahan disebabkan kesalahan memukul.
Photographer tu pun pernah pukul saya, memang tak serik-serik lagi masuk balai mamat ni.
Sementara itu, menerusi satu lagi ciapan di entri sama, wanita tersebut mendakwa jurugambar yang sering berkhidmat dengan selebriti itu bersifat panas baran.
Tak payah la ek fikir mamat tu baik. Perangai dia memang baran pun.
Terdahulu, Razman dan Razmi cedera dibahagian muka selepas dipukul oleh seorang jurugambar ketika mereka menghadiri sebuah acara yang dihadiri ramai tetamu kenamaan, pada Rabu.
Difahamkan, insiden itu berlaku disebabkan pereka fesyen tersebut mempunyai hutang berjumlah RM20,000 kepada jurugambar berkenaan yang masih tertunggak hingga kini.