Seorang wanita menyatakan hasrat untuk bercerai berikutan suaminya menjalinkan hubungan dengan pembantu peribadinya.
Penjelasan peguam
@hananjasmin ? Unic_Lafaz yang tersimpan – ? ?.???_???????? ?
Menerusi hantaran di TikTok, seorang peguam syarie yang dikenali sebagai Hanan Jasmin berkongsi situasi seorang wanita yang mahu mendakwa suaminya berzina serta ingin menuntut perceraian.
Saya ada bukti gambar suami tidur dengan pembantu peribadinya (PA), sambil tidak memakai baju.
Menurut Hanan, wanita tersebut tidak boleh sewenang-wenangnya membuat dakwaan dengan menggunakan gambar semata-mata.
Itu bukan bukti menunjukkan suami puan berzina. Untuk menuduh suami berzina, puan kena bawakan 4 orang saksi lelaki yang melihat perlakuan zina tersebut.
Kalau puan tidak bawa saksi untuk menuduh suami berzina, puan boleh dikenakan hukum Qazaf.
Mohon fasakh
Gambar sekadar hiasan
Walau bagaimanapun, wanita tersebut boleh membuat permohonan fasakh di mahkamah.
Puan boleh buat permohonan fasakh atas alasan suami berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut hukum syarak.
Bawa gambar suami dengan perempuan tersebut untuk dijadikan bukti dalam permohonan fasakh.