Foto: Berita Harian
ditemui di tepi jalan dalam keadaan memeluk satu bayi lelaki yang tidak bernyawa.
Bayi masih bertali pusat!
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Berita Harian, kedua mayat itu ditemui oleh seorang pejalan kaki di tepi jalan yang terletak di Kulai, Johor sebelum melaporkannya kepada pihak polis.
Difahamkan, wanita berkenaan berkemungkinan meninggal dunia akibat komplikasi ketika bersalin memandangkan bayi itu masih bertali pusat.
Menurut pihak polis, hasil pemeriksaan awal mendapati tiada kesan darah atau kecederaan lain pada mayat namun siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujudnya sebarang unsur jenayah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, mengesahkan penemuan dua mayat itu namun tidak mengulas lanjut.