Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentWanita Kesal Mentua Minta Bagi Seorang Anak Pada Kakak Ipar Selepar Lahirkan...

    Wanita Kesal Mentua Minta Bagi Seorang Anak Pada Kakak Ipar Selepar Lahirkan Kembar Tiga – ‘Dia Cakap Kalau Bagi Tak Luak Pun’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Gambar sekadar hiasan

    Seorang wanita meluahkan rasa sedih dan kesal terhadap mentua yang memintanya untuk memberikan salah seorang anak kepada kakak iparnya.

    Baru lepas bersalin kembar tiga

    Menerusi perkongsian dibuat kepada @meingl, wanita itu memaklumkan dia baru sahaja melahirkan anak kembar tiga sekitar bulan lepas.

    Manakala kakak iparnya pula difahamkan sudah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

    Apa yang menggeramkan ialah, ibu mentuanya meminta agar dia memberikan salah seorang anaknya itu kepada kakak ipar dengan alasan bahawa dia masih lagi mempunyai dua orang bayi.

    Mak mentua cuba cakap dengan suami minta cakap elok-elok dengan saya, memang tak lah saya nak bagi.

    Mentua cakap juga dah ada tiga anak, kalau bagi satu ada lagi dua. Tak luak pun.

    Senang eh jadi orang tua? Saya yang mengandung bawa perut kehulu-kehilir, senang-senang ja nak ambil anak.

    Suami pula dilabel anak derhaka

    Walau bagaimanapun, wanita ini begitu bersyukur kerana suaminya tidak bersetuju dengan permintaan mentuanya itu.

    Namun, keputusan itu pula disalah erti sehinggakan suaminya dilabel sebagai seorang anak yang derhaka dan tidak mengenang budi.

    Tak tahulah kalau kakak ipar saya terlibat tapi walau apa pun, anak saya tetap anak saya.

    Kalau nak menumpang kasih anak, boleh ja datang rumah bila-bila kamu nak.

    Tak perlu nak main ambil anak orang macam anak kucing.

    Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya terkejut dengan situasi yang perlu dihadapi wanita itu.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan mentua wanita itu yang sewenang-wenangnya mahu membuat keputusan tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Happy Birthday Dini! Masih Lagi Berdua Tahun Ni, Harap Tahun Depan Kita Bertiga’ – Janna Nick

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts