Seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Sam Fisher mendakwa penyanyi terkenal Zayn Malik pernah mengajaknya melakukan seks secara bertiga atau ‘threesome’ sebanyak 40 kali.
Ajak threesome?
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Sam Fisher mendakwa dia dan Zayn berkenalan menerusi aplikasi ‘dating’ atas talian iaitu Tinder selama sembilan bulan.
Saya bertemu dan kenal dengan Zayn melalui Tinder. Sudah sembilan bulan saya menghabiskan masa saya dengan dia.
Selepas kenal di Tinder, dia hantar mesej di Instagram saya secara peribadi. Kemudian dia ajak saya jumpa secara tertutup.
Dalam pada itu, Sam Fisher mendakwa dia terpaksa memutuskan hubungan dengan penyanyi 31 tahun itu kerana tidak mahu menuruti permintaan untuk melakukan seks seperti yang diminta.
Dakwanya, ahli kumpulan One Direction itu mula meminta melakukan seks secara bertiga selepas dia mengetahui wanita terbabit sebelum ini pernah menjalinkan hubungan sesama jenis (lesbian).
Sejak dia tahu hubungan terakhir saya dengan perempuan, dia ajak saya melakukan seks bertiga. Sebanyak 40 kali dia minta.
Menerusi hantaran lain pada entri sama, Sam Fisher turut memuat naik beberapa bukti mesej dan gambar Zayn tidak berbaju yang didakwa dihantar kepadanya.
Dakwanya, gambar-gambar tersebut tidak pernah wujud dalam mana-mana carian laman sesawang dan hanya dimiliki olehnya.
Bagaimanapun, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan bertindak mengecam wanita tersebut yang dianggap hanya berhalusinasi dan terlalu mencintai Zayn.