Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentWanita Puasa Gula Selama 30 Hari, Tengok Perubahan Kulit Dia Sekarang

    Wanita Puasa Gula Selama 30 Hari, Tengok Perubahan Kulit Dia Sekarang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Gula = Jerawat.!

    Keyakinan seorang wanita boleh jatuh merudum jika penampilan mereka tidak seindah yang diinginkan. Walaupun masalah jerawat muka merupakan norma tetapi ia boleh melemahkan semangat sehingga jadi malu mahu berdepan dengan orang ramai.

    Pemakanan juga antara penyebab timbulnya jerawat. Makanan berminyak, masin, manis, semua itu mudah mendedahkan kamu kepada amalan yang tidak sihat sehingga memberi kesan pada kulit.

    Misalnya pengambilan gula secara berlebihan boleh mempercepatkan proses penuaan dan penyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan kulit. Pengambilan gula membawa kepada lonjakan gula darah, yang menyakitkan keradangan. Ini boleh menyebabkan kulit kusam, kemerahan, tidak sihat, malah jerawat.

    Kamu pernah cuba puasa gula? Menurut pempengaruh @christinaimmanuel, puasa gula telah mengubah gaya hidupnya ke arah yang lebih baik. Mengalami masalah jerawat yang rumit memaksa dia untuk mengubah pemakanan harian, dengan berpuasa gula.

    Setiap hari dia makan roti, mi, kuih, gula-gula dan aiskrim menyebabkan mukanya berjerawat parah. Oleh itu, dia nekad untuk menahan diri daripada makan makanan yang manis selama sebulan untuk melihat perubahan kulit. Dia mula berhenti makan manis terutama makanan tenusu. Dari situ, perubahan mula dilihat – jerawat hormon kerana bendera merah tidak timbul lagi. Jerawat di dagu, pipi dan dahi juga mulai surut dan kulitnya bertambah baik dan sihat.

    Dia menekankan, gula atau apa-apa yang manis jika diambil secara berlebihan tidak baik untuk kulit.


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts