Seorang wanita mengakui terkesan dengan watak bernama Natasha yang dilakonkan aktres Janna Nick menerusi drama Pinjaman Syurga.
‘Terima kasih Natasha’
Wanita tersebut memberitahu, watak berkenaan cukup dekat dengan dirinya kerana dia juga mempunyai anak autisme seperti mana yang dipaparkan dalam drama tersebut.
Salam Janna, terima kasih untuk Natasha. Saya merasakan ia sangat dekat dengan diri saya, sebagai seorang ibu yang juga mempunyai anak autisme.
Setiap perkembangan anak walaupun kecil, saya sangat bersyukur. Terima kasih untuk rasa itu.
Janna berkongsi perkara itu menerusi tangkap layar yang dimuat naik di Instgaram Story miliknya.
Dalam pada itu, isteri kepada aktor Dini Schatzmann ini mendoakan wanita tersebut diberikan kekuatan membesarkan anaknya.
Semoga awak terus kuat dan semoga Allah permudahkan segala urusan awak.
Sekadar info, watak Natasha merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai anak autisme lakonan pelakon cilik, Akif Darwisy.
Selain Janna, drama yang kini sedang bersiaran di TV3 menerusi Slot Akasia jam 7 malam itu turut menampilkan Keith Foo, Ziha Salleh, Gambit Saifullah dan ramai lagi.