Seorang wanita tempatan menyorot perhatian sehinggakan menerima kecaman daripada segelintir wargamaya di media sosial.
Nak cari jodoh
Menerusi ciapan di aplikasi X, wanita tersebut mendedahkan dirinya kini sedang berusaha untuk mencari jodoh bagi mendirikan rumah tangga.
Mahu menjadi lain dari yang lain, wanita itu turut menyediakan borang di platform ‘Google Form’ buat mana-mana lelaki yang berminat mahu berkenalan dengannya.
Antara soalan yang ditanya wanita tersebut termasuklah tempat bekerja serta tangga gaji jejaka yang bakal menjadi teman hidupnya.
Tindakan wanita tersebut kemudiannya mengundang kecaman daripada netizen yang sama sekali tidak bersetuju dengan tindakannya.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen mendakwa wanita itu menyediakan ‘borang’ tersebut kerana sedang mencari ‘potential client’.