Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentWanna Ali Dikatakan Tidak Sensitif Kemelut Rumah Tangga Fattah Amin, Ayu Puteh...

    Wanna Ali Dikatakan Tidak Sensitif Kemelut Rumah Tangga Fattah Amin, Ayu Puteh Tampil Pertahankan Anak!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kecoh sebelum ini apabila Fazura dikatakan telah memfailkan penceraian terhadap suaminya Fattah Amin di Mahkamah Syariah Petaling, Subang Bestari.

    Wanna Ali Di Kecam Netizen

    via Instagram Wanna Ali

    Dalam masa yang sama juga, pelakon Wanna Ali yang sedang mempromosikan drama lakonannya bersama Fattah Amin dikecam oleh netizen selepas memuat naik foto bersama Fattah Amin dalam akaun Instagram.

    Sehubungan itu, netizen mendakwa Wanna seolah-olah tidak sensitif dengan situasi semasa Fattah dan Fazura.

    Lebih baik padam hantaran ini. Sungguh tidak sensitif. Sekarang bukan masa yang sesuai

    Namun ada juga netizen yang minta untuk tidak menyalahkan Wanna kerana dia mungkin tidak tahu situasi yang sedang dihadapi hero gandingannya.

    Jangan salahkan Wanna. Dia tak terlibat urusan rumah tangga pelakon gandingannya. Mungkin dia tidak tahu pun. Dia hanya kongsi mengenai drama lakonan mereka berdua. Mungkin secara kebetulan.

    Atas kejadian tersebut, Ayu Puteh tampil mempertahankan anaknya iaitu pelakon Wanna Ali yang dikecam netizen gara-gara berkongsi foto bersama aktor Fattah Amin di Instagram.

    Ayu Putih Tampil Pertahankan Anak

    via Instagram Ayu Putih

    Ayu menafikan dakwaan Wanna sengaja mencari publisiti dengan mengambil kesempatan di atas kemelut rumah tangga yang melanda pasangan suami isteri Fattah dan Fazura.

    Ayu juga meminta agar netizen tidak melontarkan kata-kata yang tidak baik kepada Wanna dan menyifatkan anaknyan seorang anak yang baik.

    Kalau tak suka pun janganlah sampai maki-maki anak orang tahap macam itu.

    Dia bukan penyondol atau tak sensitif dan bukannya mahu publisiti.

    Jangan guna ayat-ayat seperti itu untuk tuduhan ini.

    Anak saya seorang yang pandai dan baik hati.

    Dia anak yang baik kepada saya. Jaga tulisan dan adab sebelum menulis komen.

    Ayu berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

    ALSO READ:  Orang Ramai Di Melaka Dilarang Makan Kupang Berkuat Kuasa Serta-Merta, Ada Alga Berbahaya Dan Beracun!

    Dalam pada itu, Ayu memberitahu Wanna sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon dalam drama lakonannya iaitu Lelaki Melayu Terakhir.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts