Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentWanns Ahmad Mengaku Sedang Kenal Hati Budi Khalida Balqis – ‘Saya Rasa...

    Wanns Ahmad Mengaku Sedang Kenal Hati Budi Khalida Balqis – ‘Saya Rasa Senang Di Samping Dia’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sering melakukan sesi ‘live’ bersama di media sosial, pelakon dan penyanyi Wanns Ahmad mengaku dia sedang mengenali hati budi aktres baharu yang sedang meningkat naik iaitu Khalida Balqis.

    Jalani kehidupan macam orang lain

    Menerusi temu bual bersama , Wanns berkata, dia berasa sangat selesa apabila berada di samping Khalida.

    Tambah Wan, dia hanya menjadi diri sendiri apabila bersama Khalida. Bukan itu sahaja, kemesraan yang ditonjolkan dalam media sosial juga bukanlah dibuat-buat untuk konten.

    Saya sedang mengenali hati budi, kami selesa dan rapat, jadi doa yang baik-baik. Kami mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu selepas menjalani penggambaran drama bersama.

    Sebenarnya saya bukanlah hendak menunjuk sudah ada pasangan, saya cuma jalani kehidupan biasa macam orang lain. Bagi saya, tiada apa yang hendak disorok dan tiada apa hendak ditunjukkan.

    Tiada apa yang salah sebenarnya dengan perkara itu. Ada juga yang merestui hubungan kami dan ada juga kurang senang.

    Tapi, saya tanamkan dalam fikiran, apa yang dilakukan bukanlah berniat untuk menyakiti hati orang lain. Kalau ia perkara yang baik, doa-doakanlah saya.

    Wanns yang ditemui selepas Tayangan Perdana Filem Pontianak 200KG di Bukit Bintang, baru-baru ini, turut memberitahu dia belum ada perancangan untuk menamatkan zaman bujang.

    Saya tertarik dengan Khalida sebab rasa tenang bila berada di sampingnya.

    Boleh dikatakan hari-hari kami berjumpa. Soal perancangan berkahwin, doakan yang baik-baik kalau kami ada rezeki bersama dan keizinan Allah.

    Kami ada cuba juga berbincang untuk ke arah itu. Sama juga dalam kerja, saya akan fikir apa yang dilakukan adakah orang akan suka atau tidak. Kalau lihat semula perjalanan kerja saya sebelum ini, saya banyak buat kerja seperti biasa.

    ALSO READ:  “Awak Cinta Dalam Hidup Saya”- Nedim Akui Cinta Masih Membara, Berharap Nora Danish Masih Ada Cinta Yang Sama!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts