Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentWany Hasrita Bimbang Lagu ‘Madu Dua’ Jadi Doa, Minta Pendengar Tidak Ambil...

    Wany Hasrita Bimbang Lagu ‘Madu Dua’ Jadi Doa, Minta Pendengar Tidak Ambil Serius – ‘Dengar Dalam Keadaan Santai’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi Wany Hasrita menyedari bahawa lagu barunya berjudul ‘Madu Dua’ mendapat pelbagai reaksi daripada pendengar.

    Artikel berkaitan: Wany Hasrita Tolak Projek Duet Dengan Tajul Sebab Kontrak Habis

    Artikel berkaitan: Wany Hasrita Pelik Masih Terima Mesej Lucah Selepas Kahwin, Paling Teruk Dapat Hinaan Muka Macam B*bi

    Memerlukan lagu rancak

    Memetik laporan Melodi, Wany menjelaskan dia memilih lagu tersebut kerana ingin mencuba sesuatu yang baru dan memerlukan lagu rancak untuk membuat persembahan di mana-mana acara.

    Sejujurnya adalah satu masa yang rasa macam ‘alamak, salah ke?’ tapi saya berbalik balik kepada tujuan apa saya menyanyikan lagu ini di mana saya perlukan lagu rancak untuk saya menyanyikan untuk konsert-konsert seperti Jom Heboh.

    Dengarlah dalam keadaan yang sangat santai. Kalau dengar dalam keadaan yang stress, mungkin kita akan ‘overthinking’ juga.

    Tapi tak mengapa masih ada lagi ramai dalam yang tak suka tu, masih ada yang suka dan sokong. Mereka rata-ratanya suka saya menyanyi lagu balada seperti ‘Menahan Rindu’ tapi pada saya ia adalah pendapat masing-masing.

    Saya sebagai penyanyi saya nak mencuba pelbagai jenis genre. Lagu ‘Madu Dua’ ini adalah salah satu lagunya. Bukan saya tidak akan kembali ke lagu balada, mungkin saya sebelum ini ‘play safe’ tapi tiba-tiba keluar pasal madu dua dan cerita suami kahwin lain.

    Menurut Wany, dia akui bimbang sekiranya lagu tersebut menjadi satu doa namun kembali semula kepada niatnya hanya untuk menghiburkan peminatnya.

    Masa mula-mula dengar lagu ni, saya cakap dalam hati ‘ini kalau 44 kali ni jadi apa eh? Minta simpang’ tapi tak apalah. Macam saya cakap tadi kita mencuba lagu yang diberikan. Kita doakan yang baik-baik.

    Dugaan rumah tangga

    Dalam pada itu, mengulas tentang dugaan rumah tangga, Wany percaya setiap manusia akan diuji dan meminta orang ramai mendoakan kebahagiannya bersama keluarga.

    Cakap pasal dugaan ni, setiap pasangan ada dugaan. Setiap orang ada dugaan. Kita doa bila dapat dugaan itu kita berjaya melaluinya.

    Saya sendiri pun baru berumah tangga dan saya salah satu benda adalah takut bercakap pasal orang. Takut bercakap pasal rumah tangga dan kehidupan seseorang itu sebab bila-bila masa kalau kita nak kena dugaan itu akan berbalik kepada kita.

    Jadi apa yang saya boleh minta adalah saya tak nak bagi amaran ataupun apa-apa cuma saya nak minta doakan kesejahteraan dan kebahagian saya dan keluarga saya.

    ALSO READ:  Mona Allen Dedah Bukan Pertama Kali Terima Mesej Lucah Diajak Buat Perkara Tak Senonoh – ‘Ada Yang Tawar RM1 Juta & Kondominium’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts