Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentWany Hasrita Kesal Kerana Berat Badan Naik 5 Kg Akibat Makan Berlebihan...

    Wany Hasrita Kesal Kerana Berat Badan Naik 5 Kg Akibat Makan Berlebihan Coklat – ‘Kulit Menjadi Kusam’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    wany hasritawany hasrita

    Penyanyi, Wany Hasrita sebelum ini mendedahkan dia sedang berdepan dengan masalah kurang rasa bersemangat sehingga menjejaskan kehidupan harian.

    Ubah gaya hidup

    wany hasritawany hasrita

    Ketika ditemui , Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita berkata dia sering mempunyai rasa malas ketika melakukan aktiviti.

    Saya sebenarnya baru keluar daripada gua. Beberapa minggu ini saya tak tahu kenapa saya malas nak buat apa-apa.

    Bukan anxiety tapi bila balik kerja saya akan duduk, makan, bermalasan, jaga anak dan tengok TV.

    Benda tu sangat tak elok untuk saya sampai naik berat badan 59 kg daripada 54 kg.

    Pelantun lagu Canggung itu berkata keinginan untuk menikmati makanan bergula dan pengambilan secara berlebihan mungkin menjadi punca kepada masalah yang sedang dihadapinya.

    Saya rasa sebabnya mungkin saya mengambil terlalu banyak gula. Pagi-pagi mesti nak makan coklat. Saya jadi malas bergerak, kulit kusam dan berat badan naik.

    Menyedari perkara tersebut boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan, Wany kini mengambil pendekatan untuk memulakan gaya hidup yang baharu selepas dinasihati ibunya.

    Bila ada dalam fasa itu, nak mula balik aktif sangat susah. Jadi ianya agak berat. Tapi ibu selalu ‘brainwash’ untuk mula balik semua walaupun sekecil-kecilnya.

    Kerja saya berjalan seperti biasa. Saya mula dengan ambil kelas boxing, bersenam, kelas mengaji, dan hantar anak ke kelas berenang. Saya rasa saya tak boleh duduk rumah.

    Wany berkata demikian di majlis Meet & Greet Paling Ikonik Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38) yang berlangsung di Pasar Seni pada Ahad.

    Sementara itu, ibu kepada seorang anak ini juga memaklumkan bahawa dia menerima sokongan dan kata-kata semangat daripada rakan seindustri dan pengikutnya selepas berkongsi tentang perkara tersebut di media sosial.

    Saya dapat banyak DM daripada rakan-rakan artis dan peminat. Mereka kata itu adalah satu fasa, yang paling penting kena bangkit semula.

    Untuk info, Wany menerusi lagu Kucuma yang dipopularkan bersama Datuk Jamal Abdillah bakal berentap di pentas AJL38 nanti.

    ALSO READ:  [VIDEO] Syedot Mengaku Diri ‘Red Flag’, Liana Respon – ‘Tak Kisah Aib Atau Tidak, Saya Akan Cerita’

    Anugerah penuh berprestij ini bakal menyaksikan sebanyak 12 buah lagu bersaing dan diadili oleh barisan juri professional yang dilancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Mac hadapan.

    Siapakah yang layak menjadi juara dan dinobatkan sebagai lagu terbaik bagi AJL38? Adakah Wany bergelar juara? Atau sejarah baru bakal tercipta? Debaran kian terasa, sama-sama kita nantikan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts