Pelantun suara ‘Menahan Rindu’ iaitu Wany Hasrita tampil menjelaskan situasi sebenar dia menolak pelawaan Tajul untuk berduet menerusi sebuah projek rakaman semula lagu Resepi Berkasih.
Kontrak tamat
Menerusi temu bual bersama Wany berkata, dia menolak pelawaan tersebut berikutan kontrak bersama FMC Music telah tamat.
Tambah Wany, dia tidak mempunyai masalah untuk berduet dengan Tajul atau penyanyi lain dalam projek memberi penghormatan kepada penyanyi asal, Allahyarham Achik Spin.
Berikutan kontrak dengan FMC Music sudah tamat, saya dengan rendah dirinya, mahu mengubah haluan muzik saya. Hendak kata penjenamaan semula (haluan muzik), tidaklah. Tetapi saya mahu mencuba sesuatu yang berbeza.
Jadi, bukannya saya menolak. Saya buat keputusan tarik diri sebab mahu tukar haluan muzik agar lebih segar.
Ujar Wany lagi, dia gembira apabila mendapat tahu projek tersebut diteruskan dan Muna Shahirah akan menyanyikan lagu itu.
Saya tengok hasil duet Tajul dan Muna membawa konsep baik dengan ditambah elemen dangdut jadikan ia menarik. Secara tidak langsung, bentuk rakan duet yang baharu. Suara mereka saling melengkapi. Jadi, saya gembira untuk mereka.
Berbicara lebih lanjut, Wany berkata, pada mulanya, dia mahu berkongsi soal penarikan daripada projek rakaman semula lagu Resepi Berkasih pada pelancaran single baharunya, tidak lama lagi.
Single Madu Dua adalah lagu terakhir saya bersama FMC Music. Insya-Allah, single ini akan dilancarkan tidak lama lagi.
Pada masa yang sama, ibu kepada seorang cahaya mata ini sedang berfikir untuk mencari syarikat pengurusan baharu atau bergerak sendirian selepas ini.
Wany turut menafikan dakwaan dia berdepan masalah dengan FMC Music, termasuk rakan naungan lain seperti Tajul.
Hubungan saya bersama Tajul dan semua artis di bawah naungan FMC baik-baik sahaja. Kami sangat akrab dan menghormati pendirian serta pendapat antara satu sama lain.