Pendakwah dan penyampai radio Tajdid Hadhari meminta orang ramai agar tidak mudah mempercayai kejadian aneh yang berlaku sejurus selepas telefon bimbit milik Nur Farah Kartini ditemui.
Jaga akidah
Tajdid sebaliknya menasihati semua pihak untuk menjaga akidah dan tidak mempercayai perkara tahyul.
Jangan duk percaya bukan-bukan. Jaga akidah. Hormati roh arwah.
Tajdid memberi nasihat itu menerusi komen yang ditinggalkan pada sebuah berita mengenai Nur Farah Kartini.
Sementara itu, Tajdid meminta orang ramai mendoakan agar roh ditempatkan bersama golongan beriman.
Doakan yang baik-baik untuk arwah.
Terdahulu, seorang pengamal media yang dikenali sebagai Fareez Azman berkongsi kejadian aneh sewaktu penemuan telefon milik Allahyarhamah Nur Farah Kartini di parit sekitar ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Bernam, pada Rabu.
Katanya, sebaik selepas telefon Allahyarhamah ditemui, Fareez bersama beberapa pengamal media lain tiba-tiba merasai satu tiupan angin sedangkan sebelum itu, suasana ladang sawit berkenaan tidak berangin.