Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah mendedahkan menerima amaun nafkah yang agak tinggi daripada suaminya berbanding dengan jumlah sebelum ini.
Shuib ‘up’ duit nafkah Watie
Watie atau nama lengkapnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, telah berkongsi tangkap layar menunjukkan suaminya, Shuib telah membuat pindahan wang kepadanya untuk pembayaran nafkah.
Meskipun tidak mendedahkan amaun yang diterima, tetapi Watie memaklumkan bahawa jumlah tersebut adalah tinggi berbanding sebelum ini.
Menurut Watie lagi, kemungkinan Shuib menjadikan kes perceraian pelakon Fazura dan Fattah Amin sebagai iktibar untuk para suami agar tidak memandang remeh soal kewajipan nafkah.
Alhamdulillah sejak kes Fattzura, suami up duit nafkah.
Walaupun bini tak pernah mengadu tak cukup, tapi mungkin dia jadikan iktibar dalam diam.
Jadikan iktibar, pengajaran
Sementara itu, Watie juga sempat menasihati pasangan suami isteri agar bertolak ansur dalam rumah tangga selain mengambil pengajaran daripada situasi sekeliling.
Sebenarnya suami isteri jadikan lah pengalaman dan kisah orang lain sebagai pengajaran untuk kita suami isteri sama-sama bertolak ansur dan memahami anatara satu sama lain.
Sebab kehidupan rumah tangga ni untuk kita lalui bersama, nikmati bersama, suka duka bersama, susah senang sehingga ke nafas terakhir bersama.
Sejak kebelakangan ini, isu tuntutan nafkah menjadi topik hangat di media sosial susulan pelakon, Nur Fazura mendedahkan nafkah adalah salah satu punca perceraian dengan bekas suami, Fattah Amin.