Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentWatie Hanifiah Mengakui Rasa Cemburu Terhadap Arwah Siti Sarah dalam Mimpi –...

    Watie Hanifiah Mengakui Rasa Cemburu Terhadap Arwah Siti Sarah dalam Mimpi – Namun Tiada Perasaan Itu dalam Realiti

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    watiewatie

    Usahawan dan isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah mendedahkan bahawa baru-baru ini dia bermimpi Allahyarhamah Siti Sarah.

    Bimbang dan risau

    watiewatie

    Ketika ditemui Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah mengakui bahawa dia berasa bimbang andai arwah penyanyi tersebut mahu mengambil semula suami dan anak-anak.

    Saya ada mimpikan arwah. Dalam mimpi itu ada saya, arwah dan abah (Raisuddin Hamzah).

    Dalam mimpi itu wujud perasaan risau, adakah Sarah kembali sebab nak ambil semula haknya iaitu Shuib dan anak-anak? Hati saya berasa begitu tapi saya sorok perasaan itu.

    Malam itu Talita ada bagitahu dia mimpikan Sarah dan arwah mahu mengambil mereka. Mungkin disebabkan itu saya terus tidur dan masuk dalam mimpi.

    Bercerita lanjut, usahawan berusia 36 tahun itu ada menegur arwah namun tiada sebarang respon yang diberikan.

    Saya kemudian bertanya kepada arwah, ‘tak nak jumpa anak-anak ke? Mereka rindukan Sarah’. Arwah tak balas tapi hanya memandang sahaja.

    Bagaimanapun, Watie berkata dia tidak pernah mempunyai perasaan cemburu sebelum ini namun tidak menyangka menerusi mimpi tersebut perasaan itu wujud.

    Dalam hati saya rasa risau dan takut. Realitinya memang tak ada rasa cemburu tapi dalam mimpi tak sangka pula ada perasaan tu.

    Watie berkata demikian pada majlis berbuka puasa bersama Indigital Music x FYP Media yang berlangsung di St. Giles Boulevard Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

    Dalam pada itu, Watie berkata dia mengambil sedikit masa untuk berkongsi tentang perkara tersebut dengan Shuib.

    Selepas itu saya tanya Shuib dan bertanya kepadanya untuk buat pilihan. Dia diam dan cuma berkata mengarut sahaja. Kami kemudian berborak dan bergelak ketawa tapi jangan risau semuanya okay sahaja.

    Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun 2023 lalu di Putra Glass Heights.

    ALSO READ:  [VIDEO] Amira Othman ‘Starstruck’ Jumpa Irma Hasmie – ‘Sis Terpegun Tengok’

    Terdahulu, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata. Namun Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 kerana jangkitan Covid-19.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts