Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentWatie Hanifiah Rugi RM100,000 Terlepas Dari ‘Scammer’, Menyesal Terjun Pelaburan Untung Masyuk...

    Watie Hanifiah Rugi RM100,000 Terlepas Dari ‘Scammer’, Menyesal Terjun Pelaburan Untung Masyuk – ‘Mummy Diperli Dengan Daddy’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sebelum ini, pelawak dan usahawan Shuib memaklumkan Instagram milik isterinya iaitu Watie Hanifiah telah digantung atau ‘suspended’.

    Terbaharu, Watie mendedahkan bahawa dia sudah mendapatkan akaun Instagramnya semula.

    Digantung kali kedua

    Menerusi hantaran di Instagram, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah memberitahu bahawa dia pernah mendapat akaunnya semula, namun hanya 10 minit saja sebelum digantung semula.

    Alhamdulillah,lepas sebulan instagram ummy hilang akhirnya dapat balik. Sebenarnya 3 hb hari itu mummy dah dapat balik IG tapi 10 minit saja. Lepas 10 minit tiba-tiba IG Mummy suspended kali kedua. Masa itu mummy dah pasrah.

    Setiap malam mummy spam email dan request code tak dapat- dapat. Dan 3 hari lepas, masa mummy tengah teman daddy, saja cuba minta code, tak sampai 10 minit Mummy dapat balik IG Mummy!!!!!

    Mungkin berkat tunggu daddy dekat tempat event sampai jam 3 pagi.

    Dalam pada itu, Watie juga turut mendedahkan bahawa bulan Januari merupakan satu bulan yang mencabar buatnya di mana akaun Instagramnya digantung dan dalam masa yang sama dia turut menjadi mangsa ‘scammer’.

    Sebelum terbang ke China, Watie mendapat berita bahawa dia telah menjadi mangsa ‘scammer’ dan kehilangan duit sebanyak RM100,000.

    Walau bagaimanapun, ketika itu, Watie lebih memikirkan tentang akaun Instagramnya berbanding wang yang telah hilang.

    Januari 2024 adalah permulaan tahun yang mencabar untuk mummy. Mencabar dari segi kesabaran mental dan emosi.

    Hari Mummy nak terbang ke China hari itu jugak IG mummy kena gantung. Masa itu dekat otak runsing pasal kerja yang akan tertangguh sebab ada 2-3 kontrak yang Mummy baru tandatangan.

    Masa ini dah rasa mungkin Allah nak mummy tumpukan sepenuh perhatian pada keluarga. Tiada sosial media dah. Sebab bila Mummy sibuk, anak-anak akan mengeluh kenapa mummy tak dapat hantar dan ambil balik sekolah. 

    Dan hari yang sama juga mummy dapat berita yang mummy dah kena scam RM100,000. Bayangkanlah perasaan, mana nak kena terbang malam itu.

    Tapi mummy lagi banyak fikir pasal IG lebih dari duit yang mummy dah kena scam.

    ‘Minta maaf dekat daddy’

    Watie juga mendedahkan bahawa selepas saja mendapat tahu mengenai kejadian tersebut, dia segera meminta maaf kepada suaminya, Shuib.

    ALSO READ:  Rayuan Siti Bainun Ditolak, Kekal Jalani Hukuman 12 Tahun Penjara

    Menurut Watie, Shuib pernah menasihatinya sebelum ini, namun dia degil dan tetap meneruskan untuk menyertai pelaburan tersebut.

    Tambahnya lagi, disebabkan kejadian ‘scammer’ itu, Shuib akan memerlinya setiap hari

    Sebelum mummy terbang, mummy terus lah minta ampun dan maaf dekat daddy. Ayat Mummy masa tu ‘Daddy, saya minta maaf tau kalau ada benda yang tak dengar nasihat daddy’ 

    Masa itu daddy terus tanya. ‘kenapa? Pelaburan dah hangus ke?’ Sebab itu saja  benda yang mummy tak dengar cakap daddy. Yang lain semua Mummy dengar cakap.

    Jadi, memang daddy dapat agak dah. Biasalah perempuan kan. Bila ada pendapatan sendiri macam itulah. Mummy pulak memang sejenis pantang dengar bab-bab melabur yang mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda.

    Sudahnya hari-hari mummy kena perli dengan daddy. Daddy cakap ‘awak pergilah main kutu lagi’

    Dalam masa yang sama, Watie mengakui kesalahannya sendiri yang mudah terpengaruh apabila mendengar tentang pelaburan. Malah, Watie sedar yang dia perlu patuh mendengar kata suami.

    Namun, Watie berkata isu ini telah memberikan banyak pengajarannya buatnya untuk lebih berhati-hati selepas ini.

    Tapi dekat situ mummy belajar, lain kali jangan derhaka cakap suami. Kalau suami kata tidak maksudnya tidak, jangan pujuk-pujuk sampai dia kena paksa cakap iya.

    Dan untuk  tak bagi daddy marah, mummy cakap dekat daddy ‘i redha sebab i tahu Allah boleh bagi dan boleh ambil bila-bila dia berkehendak..Jadi siapa kita nak menangis dan mengeluh’

    Jadi, daddy pun sejuk hati dan mummy pun lalui hidup mummy macam biasa.  Sekian cerita Mummy. Jadikan pengajaran okay.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Lelaki Maut Akibat Terlibat Dalam Hubungan Songsang yang Melibatkan Kekerasan sehingga Sesak Nafas
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts