Pelawak dan usahawan, Shuib menyatakan menu ayam masak asam pedas yang dimasak oleh isterinya, Watie Hanifiah merupakan yang paling sedap pernah dirasai.
Asam pedas ayam
Menurut Shuib, dia sudah mencuba menu yang sama dijual di beberapa kedai makan, namun tidak mampu menandingi air tangan isteri tercinta.
Saya sudah makan banyak jenis asam pedas, tetapi tidak boleh lawan asam pedas awak (Watie). Asam pedas awak juga paling sedap.
Mungkin sebab jenis asam pedas ini lain dan yang kedua fasal awak yang masak.
Shuib berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran video di Instagram Story (IG Story) miliknya.
Dalam video berkenaan, Shuib dilihat membantu isterinya menyediakan menu ayam masak asam pedas untuk dijadikan juadah berbuka puasa.
Sementara itu, Watie berkata rasa asam pedas itu lain seperti yang dikatakan Shuib disebabkan dia tidak menggunakan bahan seperti kerisik dan belacan.
Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Watie pada 23 Jun 2023.
Shuib sebelum itu, berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3.
Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.