Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah menerima teguran daripada pengikutnya selepas menyamakan anak tirinya, Uwais Alqarni seperti orang asli.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Terima Kasih Daddy Buktikan Pada I Kahwin Tu Memang Lagi Seronok Dari Bercinta’ – Watie Hanifiah
Artikel berkaitan: [VIDEO] Watie Tersentuh, Talita Hanya Mahu Luang Masa Bersama Ketika ‘Birthday’ – ‘Kalau Barang Mahal Dia Selalu Cakap Tak Payah’
Tiada niat nak menghina
Menerusi hantaran di Instagram Story, Watie berkata, dia tiada niat untuk mempersendakan orang asli malah sentiasa berjaga-jaga dalam pertuturannya.
Mummy dapat banyak DM tegur Mummy berkenaan video Uwais tu Mummy sebut macam orang asli.
Sejujurnya takde langsung niat mummy nak menghina atau memperlekehkan. Mummy rasa pengikut Mummy pun tahu selama ni Mummy sangat menjaga tutur bahasa Mummy.
Walaupun yang mana kecam Mummy sebelum ni pun tak pernah Mummy marah atau berbalas.
Dalam pada itu, Watie turut memohon maaf dan menjelaskan dia menyamakan Uwais dengan orang asli kerana penampilannya yang tidak berbaju kelihatan seperti orang zaman dahulu.
Cumanya dalam video tu Uwais kan tak berbaju sebab tu Mummy samakan macam dalam gambaran seperti orang dahulu kala. Maaf kalau ada yang terasa. Tapi Insha Allah Mummy tahu niat Mummy dalam berbahasa.
Di dalam hantaran sebelumnya, Uwais mengenakan seluar pendek, tidak berbaju sambil memegang pistol mainan dan kemudiannya Watie menyamakan gaya Uwais seperti gangster orang asli.